Tuesday, February 5, 2013

Walimatulurus Khairul & Dahlia








 Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Dengan izin Allah ke atas hambanya yang merancang dan dengan rasa rendah diri dan berbesar hati, saya dan pasangan juga seisi keluarga ingin menjemput Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara mara/Sahabat handai/Jiran tetangga
Ke Majlis Walimatulurus Khairul & Madhiyah yang akan diadakan dikediaman ibu bapa saya di alamat berikut:-

No.78, Taman Bemban,
Mukim Pulai,
09100 Baling Kedah

Pada tarikh 24 Mac 2013 (Ahad) bersamaan 12 Jamadilawal 1434 Hijrah.

Bertebangan unggas menjelang petang,
Pulang ke sarang di Tanjung Tua,
Semoga ramai yang sudi bertandang,
Menjadi saksi cinta kami berdua.

Besarlah kiranya harapan saya agar anda semua sudi melapangkan masa menghadiri majlis kami ini. Semoga dengan kehadiran anda semua akan menceriakan lagi majlis kami disamping dapat berkongsi hari bahagia kami berdua.

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Kad-kad undangan akan saya edarkan selepas ini. Jika masih ada rakan-rakan yang masih belum memberi alamat kepada saya, dapatlah kiranya diberikan alamat kepada saya untuk saya utuskan kad undangan.

Terima kasih dan harap sangat kita dapat bersua pada hari majlis nanti.

p/s: Event ini ditulis awal agar rakan-rakan semua dapat aturkan masa menghadiri majlis saya nanti ya..

Monday, February 4, 2013

Gembiranya Lihat Mereka..



Masa berlalu memang sangat pantas..pejam celik..pejam celik..banyak yang sudah berubah..
Dari zaman sekolah2 rendah..masuk sekolah menengah..matrik..universiti dan kemudian bekerja..byk betul benda yg dah berubah..
Status kawan-kawan pon dah banyak yg berubah..dulu single kini dan banyak yg berumah tangga..Bak kata Tan Sri  SM Salim “ Dulu lain..kini lain..dahulu bujang kini dah kawen”..huhu..


Bila sekali-sekala dapat berkumpul dengan kawan2..suka tengok hidup diaorang sekarang..masing-masing ada cerita sendiri..banyak yg sudah berkahwin..masih ada beberapa yang masih bujang..ada yang sudah mempunyai anak..ada yg ada seorang anak,,ada yg sudah punya dua anak,,ada yang sedang menunggu masa kelahiran anak pertama..semua ada cerita masing2..tp sejujurnya aku gembira bila mendengar cerita diaorang..memang nampak betapa bahagianya mereka dengan kehidupan baru mereka.Syukur Alhamdulillah..

Kadang-kadang teringat pulak perangai masing-masing masa masih belajar dulu..dulu ramai yang perangai gila-gila..tapi ada jugak memang yg perangai sopan sejak dari zaman muda2 dulu lagi..haha..tp sekarang banyak yg dah mula berubah..walaupon masih gila-gila tapi dah byk berkurangan..mungkin sbb faktor umur dan jugak status..ya lah masing-masing dah mula nak dapat pangkat ayah dan mak..so semua mahu jadi jadi contoh yang baik pada anak-anak.

Tapi bila teringat balik perangai masing-masing masa dulu..boleh buat aku tersenyum sorang2..haha..

Apa2 pon,,aku doakan semua kwn-kwn aku akan terus berbahagia sampai bila2..Sebab diaorang memang deserve untuk ada kehidupan yg bahagia..bagi aku,,aku sgt bersyukur kepada Allah sebab kawan-kawan yg aku pernah kenal semuanya baik2 dan best2 belaka..masing2 ada kelebihan masing2..setiap sorang ada ja yg boleh aku jadikan idola dalam berbagai benda yg berbeza..sikap diaorang,,cara diaorang berfikir,,cara bekerja,,cara bergaul,,sikap peribadi diaorang,,cara kehidupan diaorang,,cara diaorang bersosial..setiap sorang daripada diaorang unik dan tak sama tetapi pasti akan ada sekurang-kurang satu sikap yang aku “idol” kan..

Terima kasih kawan-kawan..Aku sangat2 bersyukur dan beruntung sebab dapat berpeluang mengenali setiap seorang daripada korang semua..Terima kasih sebab beri aku peluang untuk menjadi sebahagian daripada korang semua..Dan aku doakan setiap sorang daripada korang semua akan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat..

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Mengikut kalendar Islam..berginjak lagi setahun usia kita..semakin tua..kita semakin tua dan dunia pon semakin tua..
Tapi hal-hal tua ni bukan satu benda yang nk aku tulis dekat sini..tapi sejauh mana minda kita berkembang seiring dgn peningkatan usia nih..huh ayat ilmiah habis..
Setiap hari kita semakin men”tua”..kita tgk badan kita membesar..makin meninggi..uban pon mula nak menumbuh..tapi kadang-kadang sebahagian daripada kita ada satu bahagian dalam tubuh kita yg tak mengembang,,iaitu minda kita..bukan nak ckp org lain lah..aku sendiri pon sama..kenapa aku ckp mcm tu??sbb kdg2 kita tahu ada sebahagian daripada kelakuan kita boleh menyebabkan org lain berkecil hati atau terasa hati (sama lah tu)..tapi kita tetap buat jugak..kita seolah-olah nak puaskan hati kita saja tapi kita tak pernah fikir apa perasaan orang lain..cakap pakai lepas..menghukum pulak tanpa usul periksa..menuduh melulu-lulu..kadang-kadang kita semakin seronok bila tgk org lain merintih..terasa dengan perbuatan kita..Apakah itu yg kita cari sebagai seorang manusia??kadang-kadang kita bermegah dgn apa yg kita ada,,yg kita dapat,,kita sengaja nk tunjukkan dekat semua org,,aku boleh buat ini dan org lain tak boleh..aku boleh dpt ini dan org lain tak boleh dpt..facebook,,twitter,,semua jd tempat kita nk tunjuk hebat..tak payah lah,,cukup lah..buat org lain naik menyampah ada lah..

Pada usia yang menjangkau 27 tahun ni.. Aku rasa aku dah belajar terlalu banyak benda..benda baik..benda buruk..sejak dua tahun kebelakangan ni,,aku rasa aku sendiri dah mula rasa ralat pada diri sendiri..kadang2 aku rasa ada perangai yg tak matang,,yang mementingkan diri sendiri..sejak aku tersedar tu..aku mula rasa nak baiki diri..kalau tak jadi terlalu bagus pon,,at least aku dah tak mahu lagi sakitkan hati atau buatkan sesiapa terasa dgn aku lagi..kalau org di keliling aku happy dgn aku pon,,itu dah cukup buat aku bangga dgn diri sendiri..
Macam mana boleh aku tersedar??huhu..semuanya kerana satu khutbah jumaat kira-kira 2 tahun lepas..aku igt lagi khutbah seorang ustaz yg bersungguh-sungguh mengutuk sikap segelintir manusia yg mementingkan diri..kuat betul suara ustaz tuh..aku yakin hari tuh takda seorang pon yg boleh tertidor masa mendengar khutbah hari tuh..bila amati betul2,,mcm ada terkena pulak dkt batang hidung sendiri..dari hari tuh,,aku rasa aku perlu buat sesuatu pada diri sendiri supaya sekurang-kurangnya aku tidak lah menjadi seseorang yg melukakan hati sesama Islam..

Dalam nak merubah sikap nih..kita kena kuat..tabah,,sebab bukan semua orang boleh terus percaya kita nih dh berubah..biarlah perlahan-lahan kita bukti pada org yg kita dh berubah..walaupon kadang2 mungkin kita sedih sebab sebanyak mana pon kita cuba berubah tp org still tak percaya..tak pa..jgn putus asa..teruskan dan tabahkan hati..menangis dlm hati takpa..sekurang-kurangnya kita tahu ada yang Maha Mengetahui..Cukup dgn pegangan tu..

Ok lah cukup sampai sini..Ada orang pesan jgn tulis panjang2..sebab tak larat nk baca..ok..
Salam Maal Hijrah untuk semua..Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..Mudah-mudahan..Amin..


Thursday, November 8, 2012

Kad Kahwin Mahal..Kad Kahwin Murah..



Lama dah tak update blog ni..busy sangat sekarang nih (busy lah sangat..haha)..
Kepala teringat nak tulis..Cuma bila balik kerja ja..rasa ngantuk..
Bukan kata nak tulis blog..dok janji dgn housemate nak jogging pon dok bertangguh lagi..
Alasan aku,,” Musim hujan ni..mcm mana nk jogging?”..padahal tu sebenarnya nak cover line..
Entah la..rasa malas sgt..bila blk kerja mcm nk rehat ja..kasut jogging dh beli..duduk dlm kotak lagi..kotak pon tak bukak2..ahai Khairul..apadah kamu..Tapi aku nekad nak mula berjogging semula secepat mungkin..Yes..

Kembali kepada tajuk asal..ok..kad kahwin..sejak kebelakangan ni..hobi aku mmg  tak lain..
Suka betul belek2 internet,,tgk benda2 yg berkaitan kahwin nih..kdg2 smpi ke pukul 2 pagi pon dok layan internet baca2 hal2 kahwin nih..salah satu benda yg aku dok usya ialah kad kahwin..
Bagi aku kad kahwin nih penting jugak..sebab dia ada makna tersendiri..cewah..haha..
Walaupon ada org dok ckp jgn membazir dekat kad kahwin sebab lepas baca org buang ja..
Yup..aku setuju pendapat tuh..tapi tak semestinya kad kahwin yg cantik dan elok tuh,,mahal harganya..ada ja byk kad kahwin yg cantik..tp murah ja..kena selalu servey lah..cari yg terbaik..tapi murah..tp kita kena tetap dlm hati lah..jgn terlampau berhabis duit utk kad kahwin..sbb byk lg benda lain yg lebih penting nk guna duit..terutamanya org mcm aku..semua benda pon pakai duit sendiri..tak ada org nk sponsor..habis duit dekat kenduri lagi better kot..buat menu sedap-sedap untuk tetamu yg datang..lagi byk pahala yg dapat..selain tuh,,lepas kahwin nk masuk rumah baru lagi..byk lg nk pakai duit..Jadi jgn bazir-bazir lah..
Tp setiap org lain keadaannya..kalau korang ada org yg sponsor utk majlis kenduri korang..macam parent ka yg sponsor atau ada org2 kenamaan mana2 yg nk sponsor majlis korang,,dan korang pon mmg ada duit lebih..boleh la kalau nk beli kad kahwin yg mahal sikit..mahal mcm artis2 selalu buat tu..huhu..

Kad kahwin ni ada byk jenis..kad kahwin budget..kad kahwin standard..kad kahwin ekonomi..kad kahwin eksklusif..kad kahwin hardcover..kad kahwin custommade..kad kahwin karikatur dan mcm2 lagi..semua ni bergantung kepada budget dan interest kita..kalau trend dulu,,ramai yang suka kad kahwin corak-corak kemelayuan..lepas tu aku tgk ramai yg suka kad kahwin jenis karikatur (kartun-kartun)..dan sekarang pulak ramai yg suka kad kahwin jenis abstrak atau kontemporari..atau senang ckp kad kahwin yg corak simple2..Dulu ada satu masa ramai yg suka kad kahwin jenis poket dan sekarang lebih ramai yg kembali pilih kad kahwin jenis lipat biasa..tapi tu bergantung pada citarasa org la..yg mana cantik mata memandang..huhu..





 Kad Kahwin ni bergantung lah kepada individu..Jika berkemampuan,,boleh ja kalau mahu beli yang mahal sikit pon..Tetapi bagi aku sendiri,,jgn lah sampai membebankan..

But at the end of the day,,bergantunglah..setiap org ada impian perkahwinan masing-masing..Mungkin ada yang idamkan kad kahwin yg super eksklusif..Sejak dari kecil lagi dah merancang..kalau kahwin nanti nk kad kahwin macam mana..Jadi tiada siapa yang boleh memaksa..Asalkan kita,,pasangan kita dan keluarga kita gembira..cukup lah..Tepuk dada tanya hatilah..

Selamat Pengantin Baru kepada semua yg bakal naik pelamin tak lama lagi..hehe..


Tuesday, September 18, 2012

Selamat Bertunang Kakngah & Arif

Tanggal 16 September 2012..merupakan salah satu hari yang penting buat Yanti Rani (nama facebook) atau Kakngah..haha..

Pada hari tersebut beliau telah terikat ikatan janji dengan Sang tunangannya Arif..
Yanti ni adik aku..Akhirnya kamu juga bergelar tunangan orang lah yer..hehe..
Sekarang dah boleh join da club lah..

Ahad lepas tu memang salah satu hari yang paling busy buat kami sekeluarga..katanya buat majlis pertunangan saja tapi dah jadi macam majlis kahwin..ramainya orang yg datang..Sampai ada makcik-makcik aku yg cakap.."ni baru bertunang..kalau kenduri kahwin nanti ntah macam mana la"..
Walaupon sangat-sangat busy dan penat tapi kami sekeluarga sangat gembira sebab akhirnya majlis yang dirancang dapatlah disempurnakan dengan jayanya..

Malam tu..semua tertidor tak sedarkan diri sebab terlalu penat...Dan apa yang aku dapat??Aku dapat demam..Adik yang bertunang,,along dia pulak yang demam..Adeh!!macam mana tuh..

Tapi apa2 pon kakngah..Tahniah ya dari Abah,,Mak,,Along,,Wan dan Adik..
Kami mendoakan kebahagiaan Kakngah dan semoga Kakngah dan Arif akan berjaya ke jinjang pelamin dan seterusnya berbahagia selama-lamanya..

Lepas ni apa pulak tumpuan keluarga kita??Majlis kenduri Along lah..haha..

Buat semua sanak saudara yang tidak dapat hadir pada hari Ahad lepas..boleh lah tonton video ringkas yang aku buat ni..Semoga anda semua pon dapat berkongsi kegembiraan yang kami sekeluarga rasai..

Okeh..Jumpa lagi di lain kali..Bye-bye..


Tuesday, August 28, 2012

Cinta Mereka Kian Terukir DiBintang

 
"...Apabila seorang hamba
telah bersuami / beristeri,
dia telah menyempurnakan separuh agamanya,
pada separuh yang lainnya hendaklah ia
bertakwa kepada Allah S.W.T..."
"...Ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada pasangan
suami isteri ini dengan kebahagiaan
sehingga ke akhir hayat..."


Masuk bulan 9 ni banyak pulak undangan kawen yang aku dapat..dari bulan 9 sampai lah ke bulan 12 nanti nampaknya macam schedule macam dah penuh dgn undangan kawen..

Bila tgk semua undangan-undangan kawen tu semua,,aku rasa tumpang gembira..semua dah nak masuk fasa kehidupan yg baru..kalau dulu makan seorang,,tak lama lagi makan berdua..kalau dulu tidur satu katil seorang,,tak lama lagi dah tidur berdua..kalau dulu tidur katil single,,tak lama lagi dah jadi katil king size..haha..kalau dulu bangun pagi sorang2..tak lama lagi bangun tidur dah ada orang dekat sebelah..dan paling best,,kalau dulu nk pergi kerja atau balik kerja takda orang tunggu,,lepas nih dah ada orang tersenyum menanti di pintu..

Perkahwinan ni bukan sesuatu perkara main-main..beli kita dah beri komitmen nk berkahwin,,maka kena betul2 lah..perkahwinan itu bukan indah hanya untuk sebulan dua..tapi ianya sepatutnya menjadi indah selama-lamanya..

Aku seronok bila tgk makcik-makcik dgn pakcik-pakcik yang tetap berjalan berpegangan tangan walaupon mereka sudah tua..nmpak mereka sangat-sangat bahagia..itu baru lah perkahwinan yang lahir dari rasa cinta yang sebenar..cewah..ayat..haha..

Ok lah..apa-apa pon Selamat Pengantin Baru untuk semua kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi..Semoga kamu semua berbahagia ke akhir hayat..Terima kasih banyak kepada yang hantar kad..Paling terharu ada yang sanggup datang dari jauh,,untuk jumpa aku sebab nak bagi kad..Terima kasih banyak-banyak..Kalau takda apa-apa rintangan,,kita jumpa nanti disana..