Monday, June 18, 2012

Halusinasi Mistik Masa Demam??Ada kah??



Minggu lepas aku kena demam panas..dah lama aku tak kena demam panas yang berlarutan berhari-hari lamanya..selalunya kalau demam,,sehari ja..lepas tidur keesokkannnya dah boleh sihat macam biasa..Tapi kali lain bebenor..sampai ubat kena ambil dua kali..tak sembuh-sembuh jugak..pelik betul..
Jadi rimas pon ada,,sebab banyak benda yang aku nak buat  jadi tak boleh buat..kepala ni rasa berat betul..sendi-sendi semua pon rasa macam sakit ja..

Nak jadi lagi pelik,,demam kali ni jugak aku banyak terdengar benda-benda pelik..Hari mula-mula demam tu,,waktu makan tengahari..macam biasalah kebiasaannya aku memang akan balik makan dekat rumah..kononnya nak jimat la sikit duit..Waktu tengah makan dekat depan tv tu..tiba-tiba ja aku dengar macam banyak manic-manik bertaburan keliling aku..tapi manik-manik tu takda,,Cuma aku dengar bunyi-bunyi ja macam manic-manik tu bertaburan atas lantai keliling tempat aku makan..Puas la aku cari dekat mana manic-manik tu,,kot-kot lah manik-manik dekat langsir aku ka yang jatuh..tapi tak jugak..takda satu pon manic-manik yang jatuh..tp aku sangat-sangat yakin bunyi tu memang keliling aku ja..Cuma tak nampak di mata..aduh!!benda apa pulak nih..lepas beberapa minit,,baru hilang bunyi-bunyi tuh..dah la aku nih makan pon tak lalu sebab demam,,badan jadi lemah..pastu ada pulak bunyi-bunyi macam tu..arghh!!

Malam tu pulak,,cuaca panas..jenuh la aku pusing-pusing badan nak cari posisi yang paling selesa..tapi mata nih tak boleh nak lelap-lelap jugak..mungkin sebab badan aku ni dah sememangnya panas sebab demam,,pastu campur pulak dengan cuaca panas..makin tak selesa lah aku..tapi last-last tu tertidur juga..Cuma dalam pukul 4 pagi macam tu aku terjaga sebab rasa macam ada orang buka pintu grill depan rumah aku..Dalam hati aku kata “erm..housemate aku kot pegi beli air”..bila dah terjaga..susah pulak lah nak lelap semula mata..jadi aku ingat nak pegi lah dapur nak minum air..aku tengok bilik atas,,pintu bilik housemate-housemate aku duaorang kat atas tu tertutup,,dah tu gelap pulak..mesti lah diaorang dah tgh nyenyak tidur..aku pon pegi lah buka pintu depan tu tengok kalau-kalau memang betul ada housemate aku yang keluar..tapi takda sebab memang selipar diaorang ada ja..pastu aku fikir,,mungkin orang lain kot yang nak buka pintu grill rumah diaorang..pastu aku buat tak tahu ja..aku pi dapur nak minum air..kali ni aku betul-betul dengar orang bukan pintu grill rumah aku dan pintu depan tu..pastu cepat-cepat aku pegi lari tengok..tapi memang takda siapa-siapa pon..Lepas tu aku masuklah semula dalam bilik aku..aku dengar lagi orang bukak-bukak pintu grill nih..Gedegang bunyi bila pintu grill tu terhempas dekat pintu rumah..Hati aku kuat rasa macam tu bunyi dari rumah aku..tapi semua dah tidur..Aiyak,,pening kepala aku dah..pastu aku dengar macam pintu bilik sebelah bilik aku terbuka..pastu tutp balik..bukak pastu tutup balik..bilik tu memang kosong..takda orang..aku keluar la tengok..kot2 angin ka..tp aku tengok pintu bilik tu tertutup elok ja..argh..apa lah yang ada dalam kepala aku nih sampai terdengar macam-macam ni..Sebab aku demam ka sampai aku berkhayal semua bunyi2 tuh??tapi kenapa pulak??

Lepas tu aku masuk semula dalam bilik aku..Tetap tak boleh lelap..Last-last aku sedar dah azan subuh..lepas sembahyang subuh tu..aku tengok-tengok internet jap..tengok result euro..pastu aku dapat rasa yang badan aku makin panas..pastu aku tertidur kejap..bila aku terjaga dah pukul 8 lebih..housemate-housemate aku pon dah pergi kerja.waktu tu aku perasan yang badan aku panas sangat dan tekak pon rasa macam sangat pedih..aku pon pegi lah jumpa doktor..Doktor kata demam panas..Hari tu aku tak pergi mana-mana..just duduk dekat rumah..kepala rasa pusing-pusing..aku gagah jugak lah pegi beli nasi kandar dekat mamak,,itupon sebab nak makan ubat..aku makan sikit ja.banyak buang nasi..tak lalu sebab tekak rasa pedih sangat..lepas makan ubat tu aku ingat nak tidur lah kejap berehat..aku tengok jam..pukul 10pagi..masa nak tidur tu,,aku rasa macam ada orang tengah sembang-sembang dekat runag tamu rumah aku..tapi mana ada orang dekat rumah aku..dua-dua pon pergi kerja..makin lama makin kuat pulak orang-orang nih sembang..aku pond lm pening-pening tu..gagah jugak la bangun nak pergi tengok..tapi memang takda orang..takkan orang bawah bersembang aku dengar sampai ke atas..ermm..entah lah..last2 meamndangkan hari itu hari jumaat dan esokknya tak kerja,,aku terus ambik dua-tiga helai baju letak dalam beg galas aku,dan apa lagi chow lah balik Baling pagi tuh..

Sampai ja dekat rumah mak bapak aku dekat Baling,,aku cerita lah dekat diaorang..Diaorang kata itu mungkin sebab aku demam..badan jadi tak kuat..so senang lah nk terfikir benda macam-macam..Lepas dari tu..sepanjang sabtu dan ahad pon aku terus demam tak larat..nasib baiklah petang ahad tu aku ok sikit,,so boleh lah drive balik semula ke Penang sebab Isnin kerja..tp sebenarnya badan aku still tak berapa nak sihat lagi..Lepas ni kena lah amalkan gaya hidup sihat..banyakkan bersenam supaya badan ni tak demam-demam lagi dah..tak seronok demam nih..huhu..

Tapi aku rasa semua ni..gangguan dalam minda aku ja ni sebab badan lemah masa demam..Mudah pikir benda macam-macam..


No comments:

Post a Comment