Setiap orang pasti ingin berkahwin..Setiap orang juga pasti
akan mengimpikan memiliki seorang pasangan hidup yang terbaik buat
mereka..Perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main kerana pasangan yang kita
pilih itu nanti lah orang yang akan bersama dengan kita sehinggalah kita
melelapkan mata meninggalkan dunia yang fana ini.
Dekat bawah ini ada aku list kan 12 ciri-ciri lelaki dan
wanita yang sesuai dijadikan pasangan hidup.Jom kita tengok apa yang aku tulis;
Ciri-ciri lelaki
yang sesuai dijadikan pasangan hidup
1)
Taat dan patuh pada ajaran agama
-
Agama perlu menjadi asas didalam apa jua urusan
manusia.Lelaki yang terdidik dan patuh pada ajaran agama biasanya akan lebih
cantik keperibadiannya.Lelaki yang sentiasa patuh dan taat pada ajaran agama
pasti akan berjaya menjadi seorang nakhoda yang baik untuk mengemudi sebuah
keluarga.
2)
Menghormati dan menghargai
-
Penting untuk memilih seorang lelaki yang tahu
menghormati dan menghargai. Lelaki jenis ini akan melayan seorang wanita
sewajarnya. Mereka bijak menunjukkan kasih sayang dan menghargai tidak kira
samada anda si isteri berada disamping atau pun jauh dimata. Setiap apa yang si
isteri buat pasti cepat menangkap matanya. Contohnya, jika seorang isteri
memotong rambut dan dirasakan sesuai,pasti dgn pantas dia akan memuji si
isteri. Tetapi awas dengan lelaki yang hipokrit. Lelaki yang benar-benar
menghormati dan menghargai pasti akan menegur si isteri jika isteri melakukan
sesuatu yang pada pandangannya tidak elok.
3)
Memiliki moral yang baik
-
Tidak terlibat dengan mana-mana gejala yang
merosakkan ataupun perbuatan yang salah disisi agama dan undang-undang.
4)
Menyintai Anda
-
Salah satu faktor yang menguatkan lagi sesebuah
rumah tangga adalah cinta. Pilih seseorang lelaki yang menyintai anda bukan
sahaja faktor kecantikan luaran anda tetapi juga dalaman anda.Mungkin mereka
menyintai anda kerana sikap penyayang anda ataupun kerana kesederhanaan anda.
5)
Mempunyai masa depan yang cerah
-
Bila bercakap mengenai masa depan yang cerah
tidak semestinya seorang lelaki itu adalah seorang yang berpangkat besar atau
pun berharta. Seorang lelaki yang mempunyai masa depan yang cerah adalah
seorang yang tahu mencatur dan merangka masa depannya.Dia mampu melihat dengan
jelas apa yang dia inginkan dan ingin dia lakukan untuk membina masa depan yang
cerah untuk anda dan keluarga.
6)
Yakin dan percaya diri
-
Walaupun seseorang lelaki itu bukan lah seorang
lelaki yang kacak, tetapi dia tetap bersemangat tinggi, yakin dan positif dalam
hidupnya sehari-hari.Karisma yang dilahirkan dari sikapnya ini membuatkan semua
orang disekelilingnya menghormati dan menyukainya.
7)
Mampu membimbing dan melindungi
-
Lelaki adalah pemimpin. Jadi seorang lelaki yang
baik mestilah mampu memimpin dan melindungi pasangannya. Ketika anda menghadapi
masalah, dia akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Dan ketika anda
melakukan kesalahan/kesilapan, dia mampu untuk membetulkan dan membimbing anda
dan member nasihat.
Ciri-ciri wanita
yang sesuai dijadikan pasangan hidup
1)
Taat pada agama
-
Agama itu adalah perkara teratas dalam mencari
seseorang calon pasangan hidup. Jika wanita itu taat mengikut ajaran agama,
tentulah sikap atau kelakuannya juga berlandaskan kepada sesuatu yang baik dan
elok.
2)
Tahu menyokong dan member semangat
-
Lelaki juga adalah manusia biasa yang pastinya
mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Wanita yang baik adalah seorang wanita
yang sentiasa member sokongan, semangat, setia menjadi pendengar dan sedia
berkongsi masalah atau kesusahan yang dihadapi pasangan lelaki.
3)
Menghormati Lelaki
-
Menghormati peranan lelaki iaitu sebagai
pemimpin kepada wanita. Boleh menerima nasihat dan pendapat dengan ikhlas. Jika
ada sesuatu yang tidak dipersetujui juga, dia akan menyatakan secara lembut dan
berhemah.
4)
Tahu bila untuk diam dan bila untuk bersuara
-
Dia bukan seorang yang suka bergosip. Dalam
menjalinkan sesuatu hubungan, dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh
diceritakan kepada orang lain.
5)
Bukan materialistic
-
Seorang wanita yang benar-benar menyintai
pasangannya adalah seorang wanita yang tidak langsung memandangkan kepada
kebendaan. Dia lebih menyukai diri anda yang sebenar berbanding rupa, kekayaan
dan status anda. Dia tidak kisah langsung untuk makan di gerai-gerai di tepi
jalan asalkan dia dapat bersama pasangannya.
6)
Cantik di luar dan cantik di dalam
-
Kebanyakkan lelaki pasti inginkan seorang wanita
yang cantik sebagai pasangan hidup mereka.Malah kebanyakkan lelaki biasanya meletakkan
faktor itu sebagai faktor pertama semasa memilih bakal pasangan. Tetapi
sebaiknya, janganlah terlalu memilih kecantikan luaran kerana kecantikan
dalaman seseorangan wanita itu sebenarnya adalah lebih penting. Cukuplah
kecantikan luaran itu sekadar sedap mata memandang dan dapat menyejukkan hati.
Kecantikan dalaman wanita seperti sifat sopan santun, menghormati orang tua,
rajin didapur, lembut tutur kata dan berbudi bahasa sebenarnya sifat yang lebih
bersifat kekal berbanding kecantikan luaran. Bahkan kedua ibu bapa juga pasti
menitikberatkan aspek kecantikan dalaman ini.
7)
Menerima keluarga anda
-
Ini merupakan suatu yang sangat penting. Memilih
wanita yang sentiasa dapat menerima keluarga kita seadanya adalah amat penting.
Kedua ibu bapa dan ahli keluarga kita telah bersama dengan kita semenjak kita
kecil lagi. Jadi kita perlulah memastikan wanita yang dipilih untuk menjadi
pasangan hidup kita perlu lah boleh sentiasa menerima mereka seadanya dan mampu
menyayangi keluarga pihak lelaki seperti keluarganya sendiri.
8)
Setia
-
Seorang pasangan hidup yang baik adalah mereka
yang sentiasa berada dengan kita tidak kira pada bila-bila masa sekalipun.
Ketika kita senang apatah lagi ketika kita susah, mereka tetap setia menemani
kita mengharungi segala kerenah hidup didunia ini. Kesetiaan seorang wanita ini
merupakan kunci kepada kebahagian sesebuah keluarga.
Jadi bagaimana? Andakah teman anda sekarang ada ciri-ciri seseorang yang
sesuai dijadikan pasangan?Tetapi sebenarnya biar siapa pun pasangan atau bakal
pasangan kita.BElajarlah untuk menerima mereka seadanya. Jika ada mana-mana
yang tidak betul, sama-samalah kita belajar untuk membetulkannya. Tidak ada
sesuatu pon didunia ini yang tidak boleh berubah sepertimana tidak ada penyakit
yang tidak boleh diubati.
Semoga
anda semua berbahagia bersama dengan pasangan
masing-masing!!



