"Duhai apakah
gerangan budi balasan
Bagi insane melahirkan,,membezarkan
Bercucuran
air mata bila mengenangkan
Betapakah
besar budi ibunda berikan
Siang malam
menderita
Hingga entah
bila
Sungguh
besar perngorbanan
Ibunda
berikan
Tiada
bahagia jika tiada
Doa puja
restu
Syurga itu
telapak kaki ibu"
Rupa-rupanya dah 2 minggu berlalu hari Ibu..Ermm..dah agak
terlambat nak tulis entry sempena hari Ibu ni..Bukan tak ingat,,Cuma mencari
idea nk tulis macam mana..dah 2 minggu post ni duduk dlm draft,,tak jugak
habis-habis lagi karang untuk post ini..Banyak benda bermain dlm kepala tp tak
tahu nk tulis macam mana..tapi tak per..13 May itu cuma tarikh yg di pilih oleh
orang barat utk dijadikan hari Ibu seluruh dunia..tp bagi aku,,hari-hari pon
adalah hari Ibu..Takkan cukup nak mengiktiraf peranan dan jasa ibu dalam masa
sehari..huii macam pemidato sekolah pulak ayat..haha..
Aku ni jenis
yang suka melihat orang..suka melihat gelagat orang dan mentafsir orang..tp
biasanya apa pon pandangan aku kat org tu..aku diamkan ja lah..baik ka atau
tidak ka,,aku akan tetap berkata manis la..bukan apa,,sekarang ni malas dah la
nak cari pasal dgn org..bagi aku,,aku ada agenda hidup aku,,aku ada “GOAL” aku
sendiri..lebih baik aku kejar nk jaringkan gol tu..daripada ambil kisah hal
orang lain.
Ok,,berbalik
lah hal aku suka tgk orang tadi,, bila aku tgk org..aku nmpk macam-macam
panggilan orang panggil ibu mereka..Ada panggil mak,,ibu,,umi,,mama,,mummy,,mom
dan macam-macam lagi lah..tapi aku tahu..apa pon panggilan sekali
pun,,maksudnya tetap sama..Betapa sayangnya semua kpd ibu-ibu masing-masing..
Bagi aku
sendiri,, tahun ini adalah bawak emak aku makan-makan dan beli hadiah
sikit-sikit..Bagi yang termampu ja lah..sebab aku tahu,,emak aku bukanlah nk
sgt benda-benda mewah..asalnya anak-anak dia ingat dekat dia..dia dh
gembira..Kebetulan birthday emak aku dgn hari ibu dekat ja..hari ibu 13 May
pastu birthday mak aku 16 May..Selang tiga hari ja..jadi sambut semua sekali
la..Sayang adik aku Yanti tu tak balik..kalau tidak mesti lagi best..tapi takpa
kakngah,,nantu kakngah balik,kita pi mkn besar-besar(kakngah belanja..haha)..
Peranan ibu
ni..tak perlu lah nk dibincangkan lagi..terlalu besar..sampai kalau kita tarik
sehelai rambut kita nak menunjukkan peranan ibu..memang botak la kepala
kita..ermm,,sebab tu kita tengok banyak peribahasa yang cerita pasal ibu macam “Syurga
di bawah telapa kaki ibu”,,”Kasih Ibu Bawa Ke Syurga” dan macam-macam lagi
lah..Aku tak tahu lah kalau benda-benda ni orang tak panggil peribahasa..tapi
ayat-ayat macam tu lah..hehe..Dalam agama pon ada sebut yang Ibu ini adalah
orang yg paling atas sekali yg perlu kita sayangi dan hormati selepas Allah dan
rasulnya..jadi fikir sendiri lah betapa tingginya darjat seorang Ibu..
Cuba korang
ingat..dari masa kita dalam kandungan ibu kita lagi,,kita dah menyusahkan ibu
kita..bila kita dalam perut..kita tendang-tendang perut mereka..pastu pulak
bayangkan betapa beratnya ibu kita nk bawa kita berjalan-jalan waktu kita dlm
kandungan mereka..berat ooo..tapi diaorang tetap happy..happy sebab nk
melahirkan anak-anak mereka..aku selalu tgk bakal-bakal ibu ni,,betul2 teruja
nak melahirkan anak..semasa diaorang mengandung,,diaorang selalu buat sesuatu
agar anak yang lahir nanti sihat..kalau diaorang dgr petua-petua org tua utk
lahirkan anak yang comel,,putih,,gebu..mesti diaorang buat..sebab nk anak yg
lahir tu sempurna..lepas tu ada juga yg aku tgk,,hari-hari pasangkan headphone dekat
perut diaorang sambil pasangkan ayat-ayat Al-Quran,,dgn harapan bila anak
diaorang lahir nanti akan jadi anak yg soleh dan solehah..macam tu la besarnya
kasih sayang seorang ibu..
Bila
anak-anak dah lahir..lain pula ceritanya..tak kiralah anak yang lahir itu comel
kah atau tidak kah..putihkah atau gelapkah..semuanya nampak comel dimata
mereka..bagi mereka anak mereka lah yg paling comel antara semua..tertinggal
pulak satu step..masa melahirkan anak..sakitnya mereka hanya Tuhan dan mereka
sahaja yang tahu..Tapi aku tahu memang sangat-sangat sakit..Bahkan setiap kali
melahirkan anak,,mereka berjuang dgn nyawa mereka sendiri jugak..Besarnya pengorbanan
mereka..
Balik semula
selepas anak dilahirkan..selepas itu setiap hari mereka nk kena menjaga teletah
anak-anak pulak..Anak-anak kecik ni biasalah,,macam-macam kerenah..nak itu nak
ini..tapi diaorang tetap sabar melayan kerenah anak..semuanya diikutkan..Bila
diorang tgk ada apa-apa yang timbul pada kulit anak mereka,,diaorang lah yg
akan jadi orang yg paling resah..kadang2 tu yg timbul tu Cuma ruam-ruam biasa
saja,,tapi risaunya diaorang seolah-olah anak diaorang dh kena kanser kulit!!sampai
macam tu sekali lah sayangnya mereka kpd anak-anak..
Bila dah
besar..Ibu still akan menjadi orang pertama yg menjadi rujukan anak-anak..tak
kira lah bila pon..jika anak-anak ini nak kan sesuatu,,diaorang akan minta pada
ibu dulu..dgn harapan ibu akan memujuk ayah mereka..nk minta terus pada
ayah,,kadang-kadang takut..sampai nk kahwin pon,,biasanya ibu lah dulu yg di
beritahu..Semuanya pasti ibu lah dahulu yg menjadi perantaranya..
Jadi,,korang-korang
semua diluar sana..Sentiasa lah ingat jasa-jasa ibu kita..Walaupon korang dh
kawen dan punya isteri-isteri yang cantik jelita,,janganlah sesekali lupa
kepada ibu sendiri..takkan terbalas jasa mereka kpd kita..Jangan sampai kita
menjadi “Tanggang” di zaman yg moden ini..Andai di sebut “Ahh” kepada mereka
pon kita sudah berdosa besar,, apatah lagi kalau kita menderhaka kpd mereka..
Emak,,Ibu,,Umi,,Mama,,Mummy,,Mom…I LOVE
YOU!!

No comments:
Post a Comment