Korang semua
dah ada kereta??Aku rasa setiap dari orang yang sudah bekerja mesti mengimpikan
untuk memiliki sebuah kereta kan??Terutamanya kepada kaum yang sejenis dengan
aku lah iaitu laki-laki nih..
Kalau tak
masakan ada perumpamaan yang mengatakan kereta ni ibarat isteri kedua bagi
lelaki untuk menunjukkan betapa obsesnya lelaki terhadap kereta.
Hari ni aku
nak cerita sedikit pandangan aku tentang tips semasa nak membeli kereta.Ini
pendapat peribadi aku lah..Orang lain aku tak tahu..Kalau ada yang nak tambah
dengan tip-tip lain boleh lah comment dekat sini nanti..
11)
Semasa nak membeli kereta,,kalau boleh jangan
lah pergi berseorangan..Bawalah seorang kawan atau sanak saudara yang tahu
mengenai kereta..Kalau nak lagi bagus,,bawa seorang yang pandai bercakap a.k.a
banyak mulut..Bukan senanglah nak suruh dia minta gift banyak-banyak
nanti..Kalau pegi sorang-sorang kadang-kadang jadi takut nak minta gift tu..Car
dealer nih pulak,,kalau kita tak minta,,diaorang takkan nk bagi punya..Jadi
kita lah yg rugi..
22)
Sebelum pergi ke kedai kereta,,pastikan kita
sudah buat research yang cukup mengenai kereta yang kita minat..Contohnya
tentang harga semasa,,resale value,,teknologi-teknologi yang ada dalam
kereta,,keselesaan kereta,,after sales service,,promotion dan lain-lain
lah..Ini semua penting sebab kereta yang kita beli kena lah memenuhi
criteria-kriteria yang kita impikan..Bukan senang nak keluar duit banyak-banyak
ni.
33)
Sebaik-baiknya sebelum nak beli kereta ni,,jumpa
lah dulu dgn orang-orang yang ada ilmu mengenai hal-hal finance
kewangan..Mungkin kita ada sepupu sepapat yang kerja dekat bank atau
jiran-jiran yg jadi pegawai bank..Boleh jumpa diaorang dulu dan tanya pendapat
mereka dulu tentang keadaan kewangan kita sebelum kita nak pilih kereta yang
sesuai dgn keadaan kewangan kita..Kalau keadaan kewangan kita tidak mengizinkan
untuk membeli kereta yg kita impikan,,kita beli dulu kereta-kereta kecil yang
murah atau jika kita hendak juga terus beli kereta yang kita idam-idamkan..kita
simpan dulu duit kita tu dan kumpul banyak-banyak sampai kita boleh bayar duit
muka yang banyak..Seboleh-bolehnya elakkan lah dari kena bayar installment yg
terlalu tinggi setiap bulan..Bukan apa kita kena ingat,,nanti nk buat pinjaman
untuk rumah lagi nak tanggung anak bini lagi..erm..jangan lupa semua tu..
44)
Bila sudah dekat kedai kereta,,minta sales
advisor tu kenalkan semua kereta yg ada dalam kedai tu..Bukan
apa..kadang-kadang ada kereta yang mahal bila kita tengok dalam website tapi
mungkin ada promotion year end ka atau nak clear stock ka mana tau..So boleh
dapat kereta yang lebih baik dari yg kita expect..Satu lagi minta sales advisor
tu terangkan betul-betul dekat kita tentang kelebihan yang ada pada kereta tu
terutamanya jika kita ada banyak pilihan kereta yang kita suka..Dan jangan lupa
test drive kereta tu baru boleh feel..
55)
Dalam nak buat keputusan untuk memilih kereta
ni..kita kena fikir juga keadaan semasa kita..Adakah kita masih bujang atau
sudah berkahwin..Adakah kita mempunyai keluarga yang besar atau pon berkeluarga
kecil atau tidak pon adakah anda seorang perempuan atau lelaki..haha..Jika anda
masih bujang,,bagi aku tidak perlulah beli kereta yg terlalu besar..Bukan kita
nak bawa sesiapa pon..Paling tidak pon mungkin korang nak bawa awek keluar dating
ja hujung minggu..Tetapi jika ada siapa-siapa yg membeli kereta dengan tujuan
nak bawa mak ayah dan adik beradik jalan2 sebab mungkin family memang tidak ada
kereta lagi,,jadi boleh lah beli kereta yang besar sikit..Baru selesa nak bawa
family jalan2..Bagi yang sudah berkahwin pula,,aku sarankan teruslah beli
sebuah MPV..Walaupon korang baru ada seorang anak,,tapi insyaALLAH bilangan
anak itu akan bertambah dari tahun ke tahun..Bukan senang nak tukar-tukar
kereta selalu..Jadi teruslah beli kereta yang luas seperti MPV..Kita kena
ingat,,beli kereta ni bukan macam beli rumah..harga rumah akanmeningkat dari
tahun ke tahun manakala harga kereta pulak akan susut mendadak dari hari ke
hari..lagi kerap korang tukar kereta,,sebenarnya lagi banyak yg korang akan
rugi..
66)
Sebelum beli kereta plan betul-betul tahap
kewangan kita sebab kita bukannya hanya akan membayar installment kereta
sebulan dua tetapi bertahun-tahun..Jika kita masih bujang,,plan budget betul2
andai kita sudah berkahwin..Adakah masih mampu kita untuk menyara anak dan
isteri??Sebaik-baiknya kita kira dulu,,setelah ditolak installment kereta
berapa lagi baki duit yang kita ada..Adakah kita masih mampu untuk hidup
selesa..Seboleh-bolehnya janganlah kita guna lebih dari 1/3 dari gaji kita
untuk membayar pinjaman bank..Barang diingat pinjaman bank ni bukan sahaja
ansuran kereta tetapi kena tambah juga pinjaman perumahan dan lain-lain
pinjaman..Kalau bayaran installment utk semua pinjaman-pinjaman tu masih kurang
dari 1/3 gaji..rasanya tak ada masalahlah dengan kewangan bulanan korang nanti.
77)
Seboleh-bolehnya semasa kita membeli
kereta,,kita jangan ada dalam fikiran kita yg menganggap kita ni orang kaya
yang banyak duit..Jika kita ada pemikiran macam tu,,kita akan cenderung untuk
membeli kereta yang mahal-mahal..Memang betul jika diukur pada gaji semasa kita
mampu..tetapi kita bayar installment itu untuk bertahun lamanya..Kita tidak
dapat menduga apa yang akan terjadi kepada kita pada masa hadapan..Mana tahu
nanti ada kegawatan ekonomi ka..kita hilang pekerjaan..ataupon selepas kita
kawen kita dapat anak kembar 4 ka 5..kita mana tahu..Jadi waktu itu kita dah
jadi tak mapu pula nk bayar installment kereta..Sebaik-baiknya kita selalu
anggap gaji kita pada tahap yg paling minima dimana walau apa pon yang terjadi
kita still boleh bayar installment kereta tu..Memang betul kalau tak mampu kita
boleh jual kereta tu tapi kalau kita tak habis bayar pinjaman bank,,kita still
kena bayar baki pinjaman pada bank dan masalah akan timbul bila harga semasa
kereta kita tu dah jadi lebih rendah dari baki pinjaman kita pada bank..Tak
pasal-pasal kita kenalah keluar duit lagi untuk bayar pada
bank..ermm..teruk-teruk..
88)
Tak ketinggalan..sebelum memutuskan untuk
membeli sesebuah kereta..kita kena ingat yang kita bukan sahaja kena keluarkan
duit semasa membeli kereta tetapi selepas membeli kereta jugak banyak lagi yg
kita kena guna duit..selepas beberapa bulan kita kena ready untuk
services..Lepas tu kalau ada apa-apa terjadi kpd kereta kita seperti accident
kah..kita kena guna duit lagi..Dan setiap cukup satu tahun,,kita perlu sediakan
duit untuk bayar road tax dan insurans..Lagi mahal kereta kita,,lagi mahal lah
insuransnya nanti..Kita jugak kena ingat,,tatkala kita start ja kereta..minyak
akan berjalan..so kita kena peruntukan duit minyak juga setiap bulan..tak guna
jugak kalau kita beli kereta mahal-mahal tapi letak dekat rumah ja kan??betul
tak??itu semua kita perlu masukkan kedalam budget bulanan kita lah..Jadi fikir
betul-betul sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kereta..
99)
Spare part juga perlu kita pertimbangkan..Samada
senang atau tidak untuk kita dapatkan spare part ganti ni..Kita boleh baca dari
website ataupon blog-blog kedai kereta samada mudah atau tidak untuk dapatkan
spare part ini..Bukan apa..jika susah untuk dapatkan spare part ini,,maka makin
mahal lah harganya nanti..Satu tip dari aku..kebiasaannya jika model kereta yg
kita pilih itu sangat sedikit bilangan penggunanya..biasanya harga spare part
akan mahal sebab tak banyak kedai yang menjual spare part tersebut..Jangan
pandang remeh mengenai hal-hal spare part ni sebab kita tak tahu bila kereta
kita akan buat hal..Kalau kereta tak buat hal pon mungkin kita sendiri yg cuai
atau orang lain yg buat hal sampai kita kena ganti spare part baru..Mungkin
orang lain langgar kereta kita kah ataupon kita yg terlanggar kereta orang
kah..Itu semua akan menyebabkan kereta kita kena masuk worksyop lah tu..Kalau
spare part mahal..sendiri mau ingat lah..haha..
Nak beli
kereta ni memang best tapi ada banyak benda yang kita kena consider sebelum
memilih sebuah kereta yg sesuai untuk kita..Orang kata “ukur baju dibadan
sendiri” jangan sampai kereta tu akan jadi bebanan yg besar kepada
kita..Fikir-fikirkan dan selamat membeli kereta!!
p/s: Baru lah aku tahu kenapa tak ada yang
comment..rupa-rupanya aku disable comment sebelum ni..sekarang dah ok..kalau
ada yg sudi nk comment mana-mana entry aku..silakan lah..aku sangat-sangat
appreciate..Terima kasih..hehe..

No comments:
Post a Comment