Tidak ada
siapa yang dapat membaca..
Getarnya
hati ini bila kali pertama aku meluahkan rasa..
Disaat untuk
menyunting dirinya sebagai suri dihati ini..
Peluh-peluh
hangat membasahi telapak tangan, dahi dan dada..
Menantikan
jawapan “ya” dari dirinya..
Perut terasa
senak entah mengapa..
Kaki
bergoyang kencang tanpa aku tahu apa puncanya..
Jantung
berdegut kencang tanpa ada sebab logikalnya..
Malah lutut
terasa gigil tanpa ada yg menggoncangnya..
Tapi
semuanya kembali tenang tatkala dengan senyuman dia menyatakan “ya”..
Dari hari
itu,,semuanya menjadi nyata..
Bibirku
terkuntum senyum kerana ketemu puteri idamannya..
Apa yang
pasti setelah ku dengar “ya” dari bibir mulusnya..
Pasti ku
balas dengan berjuta taat setia..
Tidak dapat
ku janjikan intan dan permata..
Tetapi akan
aku pastikan hidup kita berdua cukup sempurna..
Agar terukir sejarah cinta untuk selamanya..
Dari saat
kau mengatakan “ya”..
Sebenarnya
jiwa dan hatiku dah kau bawa terbang..
Terbang jauh
keawan khayal ku..
Khayal yang
meneka masa-masa yang akan kita habiskan bersama..
Bersama
menghabiskan sisa-sisa kehidupan didunia yang sementara ini..
Terima kasih
kerana mengungkap kan satu perkataan magis,”Ya”..
Membolehkan
hati kita terpatri menjadi satu..
Kau hadir
membuatkan hati terasa bahagia..
Ditengah-tengah
jiwa dan jasad benar-benar terasa sunyi dan keseorangan..
Hadirnya
kamu bagaikan membawa sinar yang menyala terang..
Semoga cinta
ini terus direstui dan berkekalan hingga ke syurga..
Akhirnya..
Bibir ini
ingin terus mengungkapkan rasa terima kasih dan syukur..
Semuanya
kerana kamu sudi mengatakan “Ya”

No comments:
Post a Comment