Tuesday, June 5, 2012

Terima Kasih Faizal Hafiz Dan Hairi Hassan




Dalam hidup ni..bohong la kalau ada sesiapa yang cakap tak perlu kan kawan..selain daripada keluarga,,sebenarnya kawan lah yang paling dekat dengan kita..malah kalau kita sudah berkerja dan tidak tinggal serumah dengan keluarga lagi,,kawan lah yang menjadi pengganti keluarga..
Sama macam aku,,siapa tak perlu kawan..tambah-tambah orang macam aku..aku bukan jenis orang yang suka mengadap computer 24 jam..orang lain boleh jugak hidup berkawankan komputer..tambah-tambah lagi orang yang banyak cakap macam aku nih,,kalau takda kawan yang nak melayan aku sehari-hari..memang mati kutu lah aku dibuatnya..haha..Bagi aku juga,,ada perbezaan bila aku sebut kawan dan sahabat..bagi aku kawan adalah orang-orang yang kita kenal dan boleh la nak di ajak berseronok sama-sama..tapi sahabat lain sikit pengertiannya bagi aku..sahabat adalah orang yang benar-benar rapat dengan aku dan orang yang aku tahu pasti akan sudi ada dengan aku tak kira ketika aku susah atau senang..sahabat ni memang senang kita nak minta tolong bila kita susah..dan kita boleh berkongsi apa sahaja masalah kita dengan diaorang dan diaorang pasti akan sudi mendengar..kita boleh ada ramai kawan macam kata pepatah melayu lah..kalau berkawan biar beribu..tapi sahabat ni takkan ramai punya..boleh dikira lah..
Macam aku,,of course lah aku ada byk kawan..bila aku jumpa ja sesiapa dan boleh diajak sembang..tu semua dah jadi kawan aku lah..dan Alhamdulillah..aku ada ramai sahabat juga,,tapi macam aku cakap tak seramai kawan lah..

Sebenarnya dalam entry ni aku nk cakap pasal dua orang daripada sahabat-sahabat aku lah..Kenapa aku nk tulis pasal diaorang dan bukan pasal sahabat-sahabat yang lain..sebabnya ada banyak benda yang aku nak ucap terima kasih pada diaorang..lagi pon untuk sahabat-sahabat yang lain nanti entry lain aku tulis pasal diaorang pula..Sahabat-sahabat aku yg lain tu jangan terasa pulak ya..korang pon sahabat aku jugak dan korang pon banyak bantu aku jugak..Next time for sure aku akan tulis pasal korang ya..hehe..lagipon kalau semua sekali aku nak tulis dekat sini,,berapa pages lah aku nk tulis untuk entry nih..haha..
Aku nak tulis pasal Hairi dan Faizal..Sebenarnya dua mamat poyo ni adalah junior aku dekat USM dulu..hehe..dengan Faizal ni memang aku dah rapat dari USM lagi sebab sama-sama orang Baling..pastu Hairi pulak aku mula kenal semenjak-menjak aku ambil kelas VLSI dekat USM dulu..memandangkan ada dua orang ja budak melayu batch aku yang ambil VLSI waktu tu..so kena berkawan lah dengan junior-junior..Jadi selepas dari aku habis belajar dekat USM tu,,aku pon dapat lah kerja dekat Penang ni..lepas tu setahun kemudian,,Faizal ni pon dapat kerja dekat USM induk..Hairi pulak memang family dia tinggal dekat Penang..So dapatlah berjumpa semula..tapi masa awal-awal aku kerja dulu dalam tahun pertama dan kedua tu,,aku tak lah rapat sgt lagi dgn diaorang lg sebab aku banyak habiskan masa dengan housemate-housemate aku..tapi bila dah masuk tahun ketiga aku tinggal dekat Penang ni dan housemate-housemate aku pon dah mula berpindah kerja tempat lain,,aku pon mula contact dengan diaorang semula..mula-mula tu cuma ajak main badminton ja..ya lah malam2 tak buat apa..main badminton boleh jugak bersenam sikit..dari situ lah sikit demi sikit,,kami makin rapat dan makin rapat..kalau bersembang dengan dua orang mamat ni,,memang merapu ja..ayat-ayat pon memang merapu..Sejujurnya mula2 aku tak biasa sangat dengan cara diaorang melawak ni (almaklumlah aku kan budak skema..haha) tapi lama kelamaan aku pulak yang terikut cara diaorang..lawak diaorang tu kadang-kadang boleh buat aku ketawa berhari-hari..bila aku duduk sorang-sorang dekat dalam bilik..kalau aku teringat lawak-lawak diaorang,,boleh buat aku tergelak sorang-sorang..hai sahabat aku duaorang ni..

Seperkara lagi benda yang aku nak berterima kasih dengan dua sahabat aku nih ialah..diaorang ni lah sebenarnya yang banyak aku kacau semenjak dua tahun kebelakangan ni..kalau aku bosan duduk kat rumah..diaorang lah jadi mangsa aku utk aku ajak minum-minum ngan borak-borak dekat mamak..kalau aku ada apa-apa hal nak minta tolong dekat penang ni pon kebanyakkanya aku minta tolong diaorang lah..Pendek kata diaorang ni memang banyak tolong aku dan tak pernah sekali pon minta balasan..Tp adalah sekali dua aku belanja makan kfc dgn pizza tanda berterima kasih..Pernah lah jugak aku terfikir,,apalah agaknya perasaan diaorang bila aku kerap sgt ajak diaorang keluar minum-minum dgn borak-borak..Entah diaorang ada kerja ka apa ka..tp diaorang ni jarang menolak kalau aku ajak keluar minum-minum..Bila ada diaorang..aku rasa macam ada keluarga dekat Penang nih..Tak lah rindu sangat dekat kampong..Dan paling penting dulu masa kereta company aku buat hal,,tak boleh nak start enjin..diaorang lah yg jadi mangsa aku untuk tolak-tolak kereta nih..bukan sekali dua..tapi dah banyak kali..tak pasal-pasal bersenam free malam-malam..haha..Bila bercakap mengenai tolak kereta nih ada lagi lah beberapa sahabat aku yang lain juga tolong membantu..nanti dalam lain entry aku tulis mengenai sahabat aku yang lain pula..

Kepada Hairi dan Faizal,,kalau korang baca entry nih..aku nak beritahu korang yang aku nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat korang di atas kederat korang (bahasa kedah sikit) dan juga masa yang korang spend untuk layan kerenah aku nih..Aku rasa tak terbalas jasa-jasa korang tu..Semoga Allah membalas semula jasa baik korang..Aku doakan korang akan berjaya di dunia dan akhirat dan berbahagia selama-lamanya..

Seperti aku kata di awal entry ni..aku ada beberapa orang sahabat lain lagi yang banyak bantu aku selama nih..aku akan cerita kan mengenai diaorang pulak lepas nih..Satu yang pasti aku tak kan mungkin akan pernah lupa akan jasa semua sahabat-sahabat yang banyak membantu aku..TAK AKAN!!

No comments:

Post a Comment