Setiap kali
bangun tidur diwaktu pagi..Maknanya rutin harian yang sama akan kembali
berputar..
Kerja..kerja..kerja..dan
kerja lagi..
tapi tak apa..sekurang-kurangnya
kena bersyukur kerna masih punya kerja..
Balik dari
kerja pon pasih punya cerita yang sama setiap hari..tak ada yang lainnya..
Lepas
mandi..keluar mencari makan..bungkus dan bawa balik ke rumah..makan sambil
tengok siaran berita dirumah..lepas makan masuk ke bilik dan bermalas-malasan
di dalam bilik..melayan perasaan sendiri hinggalah tiba masa utk melelapkan
mata..tidur..begitulah biasanya rutin harian berputar..tidak ada yg bezanya
setiap hari..sama saja..Kepada yg membaca..mungkin terasa betapa bosannya
putaran itu..tapi nak buat macam mana..itulah nasibnya..tapi tak mengapa..aku
dah terbiasa..
Setiap
hujung minggu..plot yang sama saja dapat aku catat setiap minggu..
Kalau ada
aku tulis diari..mungkin setiap pages tertulis “Sama seperti minggu lepas”..
Tidak ada
yang luar biasa..Cuma kadang-kadang jika ada sahabat-sahabat yg dtg
menjenguk..baru lah hati ini akan terhibur seketika..Tapi tak mahulah selalu
aku susahkan mereka..kerna aku sedar mereka juga punya agenda hidup mereka
sendiri juga..
Kalau
diikutkan hati..banyak perkara yang mahu aku rencanakan..buat itu..buat
ini..kerna aku memang sukakan aktiviti-aktiviti yang gila-gila..tapi apakan
daya takkan aku mahu lakukan semuanya keseorangan??tentu tidak akan dapat rasa
keseronakkanya..Akhirnya,,aku Cuma pendamkan sahaja semua rencana-rencana itu
kemas-kemas dan berharap satu hari nanti dapatlah aku melakukan semua rencana
itu juga..
Setiap
kali..aku membuka facebook..dan membaca aktiviti-aktiviti kawan-kawan
semua..timbul juga rasa cemburu didalam hati..mereka bisa melakukan itu dan ini
dan menghabiskan hujung minggu dengan gembira..melihat gambar-gambar yang
mereka “share” didalam facebook,,aku tumpang gembira..setidak-tidaknya dapat
lah juga aku berkongsi pengalaman mereka walaupun hanya pada sekadar
gambar-gambar..Kadang-kadang berbisik juga didalam hati..mengapa aku tidak
seperti mereka..dapat merasai semua pengalaman menarik itu
bersama..bergembira,,berseronok,,bergurau senda..kepuasan jelas terpancar
diwajah mereka,,dek senyuman yg jelas nampak didalam gambar-gambar facebook
mereka..Sedangkan aku??terus bergoyang kaki didalam bilik keseorangan dan Cuma dapat
bayangkan keseronokan mereka didalam bilik melalui gambar-gambar facebook
mereka..ermm..PASRAH!!
Kadang-kadang
aku hargai juga bila keseorangan..aku boleh menonton apa sahaja filem yang aku
mahukan..aku boleh mendengar apa sahaja lagu yang aku hajatkan tanpa ada orang
yg datang menghalang..Keseorangan itu beri aku masa untuk aku tenangkan jiwa
setelah seminggu penat bekerja..
CUMA..
Kadang-kadang
keseorangan itu buat aku terasa benar-benar kesepian..kesepian kerana tidak ada
medium untuk aku berkomunikasi sesame manusia..apa yang ada Cuma sedikit barang
didalam bilik,,lantai,,dinding dan juga bumbung bilik sendiri..hinggakan
kadang-kadang bumbunglah yg menjadi teman bersembang untuk meluahkan rasa dan
berkongsi cerita..MEMANG GILA..haha..
Bahaya juga
jika berterusan bercakap sendirian..bimbang suatu hari nanti,,mudah menjadi
orang yang suka khayal..khayal memikirkan sesuatu yg kita mengharapkan menjadi reality
tetapi rupa-rupanya sentiasa menjadi mimpi dan fantasi..KESIANNYA!!
Memang
benar,,kadang-kadang keseorangan itu boleh membawa ketenangan..kerana tiada
siapa yang dapat mengganggu..tetapi jika kita keseorangan yang
berterusan..boleh membawa kesepian yang melampau..Jangan bohong pada diri
sendiri yang kita tidak perlukan sesiapa didunia ini..kita perlukan orang lain
agar kita juga dapat berkongsi rasa,,pengalaman,,pengajaran,,keseronokan,,dan
kegembiraan..Kita tidak perlukan orang lain berada dengan kita 24 jam sehari
selama 7 hari seminggu..tetapi tidak pula kita minta supaya kita keseorangan 30
hari sebulan selama 12 bulan setahun..Ermm..
Selamat
berhujung minggu semua!!

Simpankan rencana-rencana kamu kemas2..Kita realisasikan bersama ya. :)
ReplyDeletehehe..kenyit mata..
Delete