Pernah tak korang semua marah akan sesiapa??Mesti pernah
kan..kalau tak luahkan di mulut pon..Mungkin korang pernah marah dalam hati..
Adakah korang telah memaafkan orang-orang yang korang pernah
marah??Atau mungkin korang rasa tak mungkin akan member kemaafan kepada
orang-orang yang pernah anda marah??
Beberapa soalan dari aku..adakah susah sangat untuk
memaafkan orang-orang yg kita marah??sehinggakan kita terlalu tegar dgn
pendirian utk tidak memaafkan org lain??
Adakah terlalu berharga kemarahan itu sehinggakan kita
sanggup mengetepikan suruhan agama yang menyuruh kita sentiasa berbaik2 sesama
manusia??
Adakah korang yakin yang perkara yg korang marahkan org lain
itu benar2 berpunca dari kesalahan orang lain dan bukan berpunca dari diri anda
sendiri??
Atau adakah korang benar2 pasti yg korang tidak pernah
membuatkan org lain marah kepada korang sehingga anda tidak tahu nk menghargai
suatu nilai kemaafan??
Seperkara yg aku nak bawa kita untuk sentiasa beringat ialah
“Tidak semestinya orang yang meminta maaf itu adalah mereka yg sebenarnya
melakukan kesalahan..Kadang2 orang yang meminta maaf itu sendiri tidak tahu
samada dia memulakan apa2 kesalahan atau tidak..Cuma disebabkan tidak mahukan
satu sengketa menjadi berlarutan dan mengikut apa yg disaran agama..Maka mereka
terlebih dahulu memohon maaf..Jadi tidakkah sebenarnya mereka ini melakukan
perkara yg betul??”
Memang benar aka nada diantara kita akan berkata seperti
ini,,”Memaafkan itu boleh..tetapi andai kesalahan itu dilakukan berulang kali
selepas kemaafan diberikan berulang-ulang..pada satu had nanti pasti tidak akan
dapat diberi kemaafan lagi”..Kenyataan ini benar dan boleh dipakai tetapi
pernah kah kita terfikir..Jika kita rasa orang lain melakukan kesalahan yg sama
walaupon setelah berkali-kali kita memaafkan..apakah agaknya puncanya??Adakah
orang ini benar2 tidak boleh berubah atau adakah kita sendiri puncanya mereka
tetap mengulangi kesalahan-kesalahan yg sama??
Kebiasaannya..tatkala
seseorang itu memohon maaf..pasti seseorang itu akan memberitahu alasan kenapa
dia melakukan kesalahan tersebut..Jika orang itu secara jujur menyuarakan sebab
dia melakukan kesalahan..itu tandanya dia benar2 jujur memohon kemaafan.. Jadi
dari situ kita akan tahu mengapa mereka melakukan kesalahan itu..Jadi jika
mereka melakukan kesalahan yg sama setelah mereka melakukan meminta maaf..Kita
sebenarnya boleh berfikir mengapa jadi seperti itu kerana kita tahu sebabnya..
Contohnya.andai
seorang kawan kita menyakitkan hati kita dan selepas beberapa ketika kawan itu
memohon maaf daripada kita..Andai kawan kita itu benar2 ikhlas memohon maaf
pasti dia akan memberitahu mengapa dia berbuat sesuatu yg menyakitkan hati kita
dahulu..Mungkin kerana dia juga tersinggung dengan perbuatan kita atau mungkin
ada orang lain yang menjadi batu api sehingga tercetusnya perbalahan atau
mungkin ada sebab2 lain..
Malangnya
selepas beberapa minggu kwn kita itu sekali lagi melakukan sesuatu yg
menyakitkan hati kita..Adakah patut kita meletakkan 100% kesalahan kepada
dia..ataupun patut kita lihat semula diri kita..mengapa kwn kita itu mengulangi perbuatannya yg dulu..adakah kita telah melakukan apa2 yg menyinggung perasaannya??
“Seperkara
yg kita kena selalu ingat adalah Pokok tidak akan bergoyang andai tidak ada
angin yang meniup”
Jadi
teruslah berikan kemaafan kepada sesiapa sahaja tidak kira berapa kali pon
orang lain melakukan kesalahan terutamanya jika kesalahan yg dilakukan hanyalah
kesalahan keci2 atau salah faham sahaja..Selagi kesalahan itu tidak mengaibkan
atau mendatangkan kemudaratan kepada kita atau keluarga..Apalah salahnya andai
kemaafan itu diberikan secara berterusan tidak kiralah berapa kali pon
kesalahan itu berulang..
Kita juga
kena ingat..setiap manusia ada kelemahannya..dan bukan mudah untuk setiap
manusia untuk berubah dalam sekelip mata..Mungkin untuk seseorang itu benar2
berubah..dia memerlukan masa..Mungkin setelah berulang kali melakukan kesalahan
dan kita pula terus memberikan kemaafan..Dan akhirnya dengan pertolongan ALLAH,,kawan
kita itu akan benar2 berubah dan kita juga akan diberikan pahala yg banyak
diatas pertolongan dan kesabaran kita terhadap kwn kita itu..
Mungkin aku
boleh ambil satu perumpamaan..Contohnya seorang perokok tegar..Seperti yg kita
tahu bukan mudah utk merubah seorang perokok tegar utk benar2 meninggalkan
rokok..Walaupon kita terus menasihati mereka..mereka masih tidak dapat
meninggalkan rokok-rokok mereka..tetapi kita tidak boleh berputus asa..Terus
berikan nasihat dan galakan..mana tahu akhirnya kwn kita itu berjaya meninggal
rokok mereka..tetapi jika kita berputus asa di pertengahan jalan..rugilah usaha
kita..kerana tiada apa2 pon yg berubah..
Tp mungkin ada pula yg kata “ apa pulak samakan
perokok dgn isu maaf memaaf ni.” Aku Cuma jadikan ini sebagai contoh yg bukan
mudah untuk merubah seseorang itu dari satu perkara yg sudah menjadi kebiasaan
mereka..
Satu lagi
perkara yg kita kena ingat adalah..hari ini orang meminta kemaafan daripada
kita..dan esok lusa mungkin kita pula akan meminta kemaafan dari orang
lain..Dan cuba bayangkan jika kita meminta kemaafan daripada orang yg kita
sayang seperti ibu bapa..adik beradik..isteri dan lain2..tetapi mereka tidak
dapat memaafkan kita..Apa perasaan kita..Tentu hati kita jadi pedih dan hidup kita jadi tak keruan kan??Kita kena sentiasa ingat tiada seorang
pon manusia ini kebal daripada melakukan kesalahan..
Seperkara
lagi kita kena sentiasa mencontohi sikap Rasulullah saw:
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang
berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf?
Baginda
dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah
hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.
Dan ini juga mungkin boleh dijadikan panduan juga:
Andai Habil dibunuh kerana hilang
rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga
persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita
menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil,
tetapi dibesar-besarkan?Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah
hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu
mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]
Kemaafan itu
sangat manis..Andai dapat kita berikan..Jiwa kita pasti akan rasa bahagia..
Jika kita melakukan sebarang kesalahan..cepat2 lah memohon
maaf..Memohon maaf itu bukanlah tandanya kita kalah dalam permainan ego..tetapi
sebenarnya kita lah yg mencapai kemenangan..Kita menang didunia dan kita menang
juga diakhirat kerana kita melakukan perkara yg menjadi tuntutan agama.
p/s: Terima kasih
sebab support blog aku..Dua entry yg sebelum ini dapat 150 dan 200 pages
view..Tapi janganlah baca dan view saja..komen lah sikit..barulah boleh
bertukar-tukar pandangan..hehe..Tapi anyway..terima kasih banyak-banyak..

No comments:
Post a Comment