Monday, May 14, 2012

Alahai Abang Polis!!!




Dalam byk2 jawatan dalam dunia ini, jawatan apa yg org paling respect?
Kalau bagi aku,,jawapannya adalah Polis..
Sebab??
Cuba kita tgk, bila kita jumpa polis ja hati mesti rasa gabra semacam..
Tak kira lah Polis biasa kah..Polis trafik kah..bila ditegur atau disapa oleh mereka,mesti kita akan jwb dgn sopan..Takkan ada org yg akan berani buat kurang ajar dengan Polis..
Aku rasa kalau kita org2 yang berjawatan tinggi atau org yg kaya-raya sekali pun,,bila berhadapan dengan Polis,,pasti kita akan jadi respect dgn mereka walaupon jawatan mereka hanyalah Detektif Polis sahaja..Sebab apa??Mungkin kerana jawatan polis itu sendiri yg membuatkan kita tak berani nak kurang ajar atau bersikap kasar dengan mereka..Silap cakap ke lokap lah kita..haha..

Ok..Itu mukadimah sahaja..Apa yg aku nk share hari ini adalah setinggi mana respect,,rasa percaya atau rasa hormat kepada abang2 polis kita di kalangan rakyat Malaysia hari ini.
Adakah rasa respect itu hanyalah pada luaran sahaja??atau rakyat Malaysia hari ini benar2 respect Abg2 polis ini kerana mereka hormat dan percaya kepada institusi kepolisan di Malaysia ini??

Sebelum aku ulas lebih panjang lagi,,kalau ada abang2 polis yg baca post ini..sebenarnya tak terniat langsung nak mempertikaikan krediabiliti polis di Malaysia ini cuma mungkin ada beberapa benda yg perlu dibaiki untuk memastikan org ramai terus percaya kepada institusi Polis di Malaysia ini.

Bagaimana rakyat Malaysia boleh hilang kepercayaan tentang kekreadibilti system kepolisan di Malaysia ini? Contoh yang paling dekat sebenarnya melalui sekatan-sekatan trafik yg dilakukan oleh unit trafik.
Apabila kita menyelusuri sepanjang lebuhraya sewaktu hendak pergi ke tempat kerja atau pon nk balik kampong dan sebagainya,,byk kita dpt lihat unit-unit trafik polis membuat sekatan untuk menahan kereta-kereta yg dipandu dgn had laju berlebihan. Aku pon tak terkecuali lah pernah kena tahan dgn polis-polis ini..Tidak salah polis-polis ini hendak membuat road block ini,,cuma kadang-kadang gejala rasuah ni semakin berleluasa pulak.. Bila mereka tahan sebuah kereta,,ramai diantara mereka yg akan tanya
” Abang..abang dah pandu laju tadi..Saya terpaksa saman abang..Abang nak settle dekat sini atau nak saman..Settle sini 50 ringgit sudah lah..kalau saman kena 300 nih”..Wah siap bg info tambahan lagi..



Bagi kita..mmg kita syok la sbb boleh byr kurang dan kebanyakkan daripada kita mesti settle dekat situ ja..Kalau kena saman leceh..nk kena pegi Balai Polis lagi..
Tapi kadang2 aku terfikir..jika ini berterusan,,bagaimana rakyat Malaysia akan mempunyai kepercayaan didalam hati mereka yg Polis-polis di Malaysia ini menjalankan setiap tugas  mereka dengan penuh beretika dan amanah?Dah byk cerita aku dgr dari kwn2 dan sedara2 yg bercerita seolah-olah mereka tidak percaya pd polis-polis dekat Malaysia ini..kerana apa??kerana sebab2 kecil2 seperti ini lah..Ambil rasuah di tepi lebuh raya dan jalan2..
 Tapi betul..tidak semua polis yang ambil rasuah2 mcm ni..Dan masih banyak lagi polis2 dekat luar sana yg menjalankan tugas mereka dengan cekap dan amanah..tetapi disebabkan segelintir polis yg membuat onar seperti ini,,nama keseluruhan polis akan tercemar..

Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis ini disebabkan oleh insiden yang berlaku pada satu perhimpunan yg berlaku awal bulan ini di KL.Kadang2 aku kasihan pd polis-polis ini kerana walaupon mereka menjalankan tugas mereka dgn amanah dan bersungguh-sungguh utk menjaga keamanan dalam negara ini,,ramai yg menganggap mereka pula pengganas..Di sebabkan apa??sebab segelintir rakyat Malaysia telah pon mempunyai sejarah yg membuatkan mereka tidak begitu percaya dgn tahap ketulusan polis2 Malaysia menjalankan tugas mereka..
Berbalik kpd perhimpunan yg aku cakapkan td..Aku tak mahu tulis apa2 pasal perhimpunan itu kerana bg aku perhimpunan itu lebih kepada fahaman politik masing2..terpulang lah pd pandangan masing2..Cuma yg aku nk kongsikan adalah mengenai beberapa org polis yg diserang oleh mereka yg menyertai perhimpunan tersebut..Aku tak tahu nk cakap siapa sebenarnya yg bersalah..Adakah polis atau org2 yg menyertai perhimpunan tersebut kerana ada mcm2 versi cerita dan video yg didedahkan kpd umum..Dan pasti versi2 cerita2 dan video2 itu adalah mengikut fahaman politik masing2..Kita yg tidak kesana dan melihat sendiri kejadian tersebut hanya boleh mendengar dan melihat kedua2 versi video tersebut..Yg mana benar,,yg mana tidak..tak tahu..tapi sejujurnya bg aku..aku rasa polis2 itu hanya menjalankan tugas mereka..takkan tergamak mereka nk melakukan perkara yg tidak baik kpd org ramai..
Berbalik semula kpd percaya atau tidak ini dgn kreadibiliti kepolisan di Malaysia ini..
Macam melalui perhimpunan td..sebenarnya kita akan jumpa 3 puak yg melihat dan memerhati perhimpunan ini..Satu adalah pihak pembangkang..kedua adalah pihak yg menyokong kerajaan dan yg ketiga adalah pihak2 berkecuali atau atas pagar..Bagi dua pihak yg pertama,,kita sudah tidak boleh buat apa2 dah..Yg membangkang sudah pasti akan kata yg polis2 itu salah manakala yg menyokong kerajaan akan mengatakan yg polis itu benar tetapi bagaimana dgn pihak yg ketiga ini??Mereka yg berada ditengah2..Dan sebenarnya pihak ini yg dianggotai oleh majority rakyat Malaysia..Dalam hal untuk menghakimi kejadian yg berlaku di perhimpunan tersebut..mereka tidak dipengaruhi oleh fahaman politik kerana mereka tidak terlalu menyokong mana2 pihak..jadi utk mereka menilai pihak mana yg betul atau tidak adalah melalui pengalaman mereka sendiri..Disini lah kes2 seperti rasuah-rasuah lebuh raya td akan memainkan peranan..Jika mereka pernah melalui pengalaman rasuah tepi lebuhraya td..Pasti mereka akan cenderung utk mempertikaikan ketelusan polis-polis Malaysia menjalankan tugas mereka..Sudah pasti mereka akan cenderung mempercayai video2 dan cerita dikeluarkan oleh pihak pembangkang..Adakah mereka salah??tidak juga sebab mereka telah mengalaminya sendiri sebelum ini
Jadi mereka juga akan turut menghentam polis-polis ini..Kadang2 aku rasa tidak adil setelah melihat polis-polis ini dipukul dgn begitu kejam kerana menjalankan tugas tetapi mereka tetap dianggap pihak yg jahat pula..Tp itulah sebahagian kecil polis sendiri yg menyebabkan org ramai berfikiran sedemikian..

Jadi bg aku,,utk mengembalikan semula kepercayaan kepada intistusi kepolisan diMalaysia ini..Gejala2 rasuah tepi lebuh raya atau jln2 ini perlu ditangani segera..Jika tidak lebih ramai polis2 yg menjalankan tugas mereka dgn cekap dan amanah akan terus dipandang serong oleh org ramai kerana dek perbuatan sebahagian kecil sahabat mereka sendiri..Fikir2 kan..

p/s: Aku tetap percaya kpd polis-polis di Malaysia ini..

No comments:

Post a Comment