Tuesday, February 5, 2013

Walimatulurus Khairul & Dahlia








 Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Dengan izin Allah ke atas hambanya yang merancang dan dengan rasa rendah diri dan berbesar hati, saya dan pasangan juga seisi keluarga ingin menjemput Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara mara/Sahabat handai/Jiran tetangga
Ke Majlis Walimatulurus Khairul & Madhiyah yang akan diadakan dikediaman ibu bapa saya di alamat berikut:-

No.78, Taman Bemban,
Mukim Pulai,
09100 Baling Kedah

Pada tarikh 24 Mac 2013 (Ahad) bersamaan 12 Jamadilawal 1434 Hijrah.

Bertebangan unggas menjelang petang,
Pulang ke sarang di Tanjung Tua,
Semoga ramai yang sudi bertandang,
Menjadi saksi cinta kami berdua.

Besarlah kiranya harapan saya agar anda semua sudi melapangkan masa menghadiri majlis kami ini. Semoga dengan kehadiran anda semua akan menceriakan lagi majlis kami disamping dapat berkongsi hari bahagia kami berdua.

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Kad-kad undangan akan saya edarkan selepas ini. Jika masih ada rakan-rakan yang masih belum memberi alamat kepada saya, dapatlah kiranya diberikan alamat kepada saya untuk saya utuskan kad undangan.

Terima kasih dan harap sangat kita dapat bersua pada hari majlis nanti.

p/s: Event ini ditulis awal agar rakan-rakan semua dapat aturkan masa menghadiri majlis saya nanti ya..

Monday, February 4, 2013

Gembiranya Lihat Mereka..



Masa berlalu memang sangat pantas..pejam celik..pejam celik..banyak yang sudah berubah..
Dari zaman sekolah2 rendah..masuk sekolah menengah..matrik..universiti dan kemudian bekerja..byk betul benda yg dah berubah..
Status kawan-kawan pon dah banyak yg berubah..dulu single kini dan banyak yg berumah tangga..Bak kata Tan Sri  SM Salim “ Dulu lain..kini lain..dahulu bujang kini dah kawen”..huhu..


Bila sekali-sekala dapat berkumpul dengan kawan2..suka tengok hidup diaorang sekarang..masing-masing ada cerita sendiri..banyak yg sudah berkahwin..masih ada beberapa yang masih bujang..ada yang sudah mempunyai anak..ada yg ada seorang anak,,ada yg sudah punya dua anak,,ada yang sedang menunggu masa kelahiran anak pertama..semua ada cerita masing2..tp sejujurnya aku gembira bila mendengar cerita diaorang..memang nampak betapa bahagianya mereka dengan kehidupan baru mereka.Syukur Alhamdulillah..

Kadang-kadang teringat pulak perangai masing-masing masa masih belajar dulu..dulu ramai yang perangai gila-gila..tapi ada jugak memang yg perangai sopan sejak dari zaman muda2 dulu lagi..haha..tp sekarang banyak yg dah mula berubah..walaupon masih gila-gila tapi dah byk berkurangan..mungkin sbb faktor umur dan jugak status..ya lah masing-masing dah mula nak dapat pangkat ayah dan mak..so semua mahu jadi jadi contoh yang baik pada anak-anak.

Tapi bila teringat balik perangai masing-masing masa dulu..boleh buat aku tersenyum sorang2..haha..

Apa2 pon,,aku doakan semua kwn-kwn aku akan terus berbahagia sampai bila2..Sebab diaorang memang deserve untuk ada kehidupan yg bahagia..bagi aku,,aku sgt bersyukur kepada Allah sebab kawan-kawan yg aku pernah kenal semuanya baik2 dan best2 belaka..masing2 ada kelebihan masing2..setiap sorang ada ja yg boleh aku jadikan idola dalam berbagai benda yg berbeza..sikap diaorang,,cara diaorang berfikir,,cara bekerja,,cara bergaul,,sikap peribadi diaorang,,cara kehidupan diaorang,,cara diaorang bersosial..setiap sorang daripada diaorang unik dan tak sama tetapi pasti akan ada sekurang-kurang satu sikap yang aku “idol” kan..

Terima kasih kawan-kawan..Aku sangat2 bersyukur dan beruntung sebab dapat berpeluang mengenali setiap seorang daripada korang semua..Terima kasih sebab beri aku peluang untuk menjadi sebahagian daripada korang semua..Dan aku doakan setiap sorang daripada korang semua akan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat..