Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



Mengikut kalendar Islam..berginjak lagi setahun usia kita..semakin tua..kita semakin tua dan dunia pon semakin tua..
Tapi hal-hal tua ni bukan satu benda yang nk aku tulis dekat sini..tapi sejauh mana minda kita berkembang seiring dgn peningkatan usia nih..huh ayat ilmiah habis..
Setiap hari kita semakin men”tua”..kita tgk badan kita membesar..makin meninggi..uban pon mula nak menumbuh..tapi kadang-kadang sebahagian daripada kita ada satu bahagian dalam tubuh kita yg tak mengembang,,iaitu minda kita..bukan nak ckp org lain lah..aku sendiri pon sama..kenapa aku ckp mcm tu??sbb kdg2 kita tahu ada sebahagian daripada kelakuan kita boleh menyebabkan org lain berkecil hati atau terasa hati (sama lah tu)..tapi kita tetap buat jugak..kita seolah-olah nak puaskan hati kita saja tapi kita tak pernah fikir apa perasaan orang lain..cakap pakai lepas..menghukum pulak tanpa usul periksa..menuduh melulu-lulu..kadang-kadang kita semakin seronok bila tgk org lain merintih..terasa dengan perbuatan kita..Apakah itu yg kita cari sebagai seorang manusia??kadang-kadang kita bermegah dgn apa yg kita ada,,yg kita dapat,,kita sengaja nk tunjukkan dekat semua org,,aku boleh buat ini dan org lain tak boleh..aku boleh dpt ini dan org lain tak boleh dpt..facebook,,twitter,,semua jd tempat kita nk tunjuk hebat..tak payah lah,,cukup lah..buat org lain naik menyampah ada lah..

Pada usia yang menjangkau 27 tahun ni.. Aku rasa aku dah belajar terlalu banyak benda..benda baik..benda buruk..sejak dua tahun kebelakangan ni,,aku rasa aku sendiri dah mula rasa ralat pada diri sendiri..kadang2 aku rasa ada perangai yg tak matang,,yang mementingkan diri sendiri..sejak aku tersedar tu..aku mula rasa nak baiki diri..kalau tak jadi terlalu bagus pon,,at least aku dah tak mahu lagi sakitkan hati atau buatkan sesiapa terasa dgn aku lagi..kalau org di keliling aku happy dgn aku pon,,itu dah cukup buat aku bangga dgn diri sendiri..
Macam mana boleh aku tersedar??huhu..semuanya kerana satu khutbah jumaat kira-kira 2 tahun lepas..aku igt lagi khutbah seorang ustaz yg bersungguh-sungguh mengutuk sikap segelintir manusia yg mementingkan diri..kuat betul suara ustaz tuh..aku yakin hari tuh takda seorang pon yg boleh tertidor masa mendengar khutbah hari tuh..bila amati betul2,,mcm ada terkena pulak dkt batang hidung sendiri..dari hari tuh,,aku rasa aku perlu buat sesuatu pada diri sendiri supaya sekurang-kurangnya aku tidak lah menjadi seseorang yg melukakan hati sesama Islam..

Dalam nak merubah sikap nih..kita kena kuat..tabah,,sebab bukan semua orang boleh terus percaya kita nih dh berubah..biarlah perlahan-lahan kita bukti pada org yg kita dh berubah..walaupon kadang2 mungkin kita sedih sebab sebanyak mana pon kita cuba berubah tp org still tak percaya..tak pa..jgn putus asa..teruskan dan tabahkan hati..menangis dlm hati takpa..sekurang-kurangnya kita tahu ada yang Maha Mengetahui..Cukup dgn pegangan tu..

Ok lah cukup sampai sini..Ada orang pesan jgn tulis panjang2..sebab tak larat nk baca..ok..
Salam Maal Hijrah untuk semua..Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..Mudah-mudahan..Amin..


Thursday, November 8, 2012

Kad Kahwin Mahal..Kad Kahwin Murah..



Lama dah tak update blog ni..busy sangat sekarang nih (busy lah sangat..haha)..
Kepala teringat nak tulis..Cuma bila balik kerja ja..rasa ngantuk..
Bukan kata nak tulis blog..dok janji dgn housemate nak jogging pon dok bertangguh lagi..
Alasan aku,,” Musim hujan ni..mcm mana nk jogging?”..padahal tu sebenarnya nak cover line..
Entah la..rasa malas sgt..bila blk kerja mcm nk rehat ja..kasut jogging dh beli..duduk dlm kotak lagi..kotak pon tak bukak2..ahai Khairul..apadah kamu..Tapi aku nekad nak mula berjogging semula secepat mungkin..Yes..

Kembali kepada tajuk asal..ok..kad kahwin..sejak kebelakangan ni..hobi aku mmg  tak lain..
Suka betul belek2 internet,,tgk benda2 yg berkaitan kahwin nih..kdg2 smpi ke pukul 2 pagi pon dok layan internet baca2 hal2 kahwin nih..salah satu benda yg aku dok usya ialah kad kahwin..
Bagi aku kad kahwin nih penting jugak..sebab dia ada makna tersendiri..cewah..haha..
Walaupon ada org dok ckp jgn membazir dekat kad kahwin sebab lepas baca org buang ja..
Yup..aku setuju pendapat tuh..tapi tak semestinya kad kahwin yg cantik dan elok tuh,,mahal harganya..ada ja byk kad kahwin yg cantik..tp murah ja..kena selalu servey lah..cari yg terbaik..tapi murah..tp kita kena tetap dlm hati lah..jgn terlampau berhabis duit utk kad kahwin..sbb byk lg benda lain yg lebih penting nk guna duit..terutamanya org mcm aku..semua benda pon pakai duit sendiri..tak ada org nk sponsor..habis duit dekat kenduri lagi better kot..buat menu sedap-sedap untuk tetamu yg datang..lagi byk pahala yg dapat..selain tuh,,lepas kahwin nk masuk rumah baru lagi..byk lg nk pakai duit..Jadi jgn bazir-bazir lah..
Tp setiap org lain keadaannya..kalau korang ada org yg sponsor utk majlis kenduri korang..macam parent ka yg sponsor atau ada org2 kenamaan mana2 yg nk sponsor majlis korang,,dan korang pon mmg ada duit lebih..boleh la kalau nk beli kad kahwin yg mahal sikit..mahal mcm artis2 selalu buat tu..huhu..

Kad kahwin ni ada byk jenis..kad kahwin budget..kad kahwin standard..kad kahwin ekonomi..kad kahwin eksklusif..kad kahwin hardcover..kad kahwin custommade..kad kahwin karikatur dan mcm2 lagi..semua ni bergantung kepada budget dan interest kita..kalau trend dulu,,ramai yang suka kad kahwin corak-corak kemelayuan..lepas tu aku tgk ramai yg suka kad kahwin jenis karikatur (kartun-kartun)..dan sekarang pulak ramai yg suka kad kahwin jenis abstrak atau kontemporari..atau senang ckp kad kahwin yg corak simple2..Dulu ada satu masa ramai yg suka kad kahwin jenis poket dan sekarang lebih ramai yg kembali pilih kad kahwin jenis lipat biasa..tapi tu bergantung pada citarasa org la..yg mana cantik mata memandang..huhu..





 Kad Kahwin ni bergantung lah kepada individu..Jika berkemampuan,,boleh ja kalau mahu beli yang mahal sikit pon..Tetapi bagi aku sendiri,,jgn lah sampai membebankan..

But at the end of the day,,bergantunglah..setiap org ada impian perkahwinan masing-masing..Mungkin ada yang idamkan kad kahwin yg super eksklusif..Sejak dari kecil lagi dah merancang..kalau kahwin nanti nk kad kahwin macam mana..Jadi tiada siapa yang boleh memaksa..Asalkan kita,,pasangan kita dan keluarga kita gembira..cukup lah..Tepuk dada tanya hatilah..

Selamat Pengantin Baru kepada semua yg bakal naik pelamin tak lama lagi..hehe..