Tuesday, February 5, 2013

Walimatulurus Khairul & Dahlia








 Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Dengan izin Allah ke atas hambanya yang merancang dan dengan rasa rendah diri dan berbesar hati, saya dan pasangan juga seisi keluarga ingin menjemput Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara mara/Sahabat handai/Jiran tetangga
Ke Majlis Walimatulurus Khairul & Madhiyah yang akan diadakan dikediaman ibu bapa saya di alamat berikut:-

No.78, Taman Bemban,
Mukim Pulai,
09100 Baling Kedah

Pada tarikh 24 Mac 2013 (Ahad) bersamaan 12 Jamadilawal 1434 Hijrah.

Bertebangan unggas menjelang petang,
Pulang ke sarang di Tanjung Tua,
Semoga ramai yang sudi bertandang,
Menjadi saksi cinta kami berdua.

Besarlah kiranya harapan saya agar anda semua sudi melapangkan masa menghadiri majlis kami ini. Semoga dengan kehadiran anda semua akan menceriakan lagi majlis kami disamping dapat berkongsi hari bahagia kami berdua.

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Kad-kad undangan akan saya edarkan selepas ini. Jika masih ada rakan-rakan yang masih belum memberi alamat kepada saya, dapatlah kiranya diberikan alamat kepada saya untuk saya utuskan kad undangan.

Terima kasih dan harap sangat kita dapat bersua pada hari majlis nanti.

p/s: Event ini ditulis awal agar rakan-rakan semua dapat aturkan masa menghadiri majlis saya nanti ya..

No comments:

Post a Comment