Masa berlalu memang sangat pantas..pejam celik..pejam
celik..banyak yang sudah berubah..
Dari zaman sekolah2 rendah..masuk sekolah
menengah..matrik..universiti dan kemudian bekerja..byk betul benda yg dah
berubah..
Status kawan-kawan pon dah banyak yg berubah..dulu
single kini dan banyak yg berumah tangga..Bak kata Tan Sri SM Salim “ Dulu lain..kini lain..dahulu
bujang kini dah kawen”..huhu..
Bila sekali-sekala dapat berkumpul dengan
kawan2..suka tengok hidup diaorang sekarang..masing-masing ada cerita
sendiri..banyak yg sudah berkahwin..masih ada beberapa yang masih bujang..ada
yang sudah mempunyai anak..ada yg ada seorang anak,,ada yg sudah punya dua
anak,,ada yang sedang menunggu masa kelahiran anak pertama..semua ada cerita
masing2..tp sejujurnya aku gembira bila mendengar cerita diaorang..memang
nampak betapa bahagianya mereka dengan kehidupan baru mereka.Syukur
Alhamdulillah..
Kadang-kadang teringat pulak perangai masing-masing
masa masih belajar dulu..dulu ramai yang perangai gila-gila..tapi ada jugak
memang yg perangai sopan sejak dari zaman muda2 dulu lagi..haha..tp sekarang banyak
yg dah mula berubah..walaupon masih gila-gila tapi dah byk berkurangan..mungkin
sbb faktor umur dan jugak status..ya lah masing-masing dah mula nak dapat
pangkat ayah dan mak..so semua mahu jadi jadi contoh yang baik pada anak-anak.
Tapi bila teringat balik perangai masing-masing
masa dulu..boleh buat aku tersenyum sorang2..haha..
Apa2 pon,,aku doakan semua kwn-kwn aku akan terus
berbahagia sampai bila2..Sebab diaorang memang deserve untuk ada kehidupan yg
bahagia..bagi aku,,aku sgt bersyukur kepada Allah sebab kawan-kawan yg aku
pernah kenal semuanya baik2 dan best2 belaka..masing2 ada kelebihan
masing2..setiap sorang ada ja yg boleh aku jadikan idola dalam berbagai benda
yg berbeza..sikap diaorang,,cara diaorang berfikir,,cara bekerja,,cara
bergaul,,sikap peribadi diaorang,,cara kehidupan diaorang,,cara diaorang bersosial..setiap sorang
daripada diaorang unik dan tak sama tetapi pasti akan ada sekurang-kurang satu
sikap yang aku “idol” kan..
Terima kasih kawan-kawan..Aku sangat2 bersyukur dan
beruntung sebab dapat berpeluang mengenali setiap seorang daripada korang
semua..Terima kasih sebab beri aku peluang untuk menjadi sebahagian daripada
korang semua..Dan aku doakan setiap sorang daripada korang semua akan mendapat
kebahagian di dunia dan di akhirat..

No comments:
Post a Comment