Mengikut kalendar Islam..berginjak lagi setahun usia
kita..semakin tua..kita semakin tua dan dunia pon semakin tua..
Tapi hal-hal tua ni bukan satu benda yang nk aku
tulis dekat sini..tapi sejauh mana minda kita berkembang seiring dgn
peningkatan usia nih..huh ayat ilmiah habis..
Setiap hari kita semakin men”tua”..kita tgk badan
kita membesar..makin meninggi..uban pon mula nak menumbuh..tapi kadang-kadang
sebahagian daripada kita ada satu bahagian dalam tubuh kita yg tak mengembang,,iaitu
minda kita..bukan nak ckp org lain lah..aku sendiri pon sama..kenapa aku ckp
mcm tu??sbb kdg2 kita tahu ada sebahagian daripada kelakuan kita boleh menyebabkan
org lain berkecil hati atau terasa hati (sama lah tu)..tapi kita tetap buat
jugak..kita seolah-olah nak puaskan hati kita saja tapi kita tak pernah fikir
apa perasaan orang lain..cakap pakai lepas..menghukum pulak tanpa usul
periksa..menuduh melulu-lulu..kadang-kadang kita semakin seronok bila tgk org
lain merintih..terasa dengan perbuatan kita..Apakah itu yg kita cari sebagai
seorang manusia??kadang-kadang kita bermegah dgn apa yg kita ada,,yg kita dapat,,kita
sengaja nk tunjukkan dekat semua org,,aku boleh buat ini dan org lain tak
boleh..aku boleh dpt ini dan org lain tak boleh dpt..facebook,,twitter,,semua
jd tempat kita nk tunjuk hebat..tak payah lah,,cukup lah..buat org lain naik
menyampah ada lah..
Pada usia yang menjangkau 27 tahun ni.. Aku rasa
aku dah belajar terlalu banyak benda..benda baik..benda buruk..sejak dua tahun
kebelakangan ni,,aku rasa aku sendiri dah mula rasa ralat pada diri
sendiri..kadang2 aku rasa ada perangai yg tak matang,,yang mementingkan diri
sendiri..sejak aku tersedar tu..aku mula rasa nak baiki diri..kalau tak jadi
terlalu bagus pon,,at least aku dah tak mahu lagi sakitkan hati atau buatkan
sesiapa terasa dgn aku lagi..kalau org di keliling aku happy dgn aku pon,,itu
dah cukup buat aku bangga dgn diri sendiri..
Macam mana boleh aku tersedar??huhu..semuanya
kerana satu khutbah jumaat kira-kira 2 tahun lepas..aku igt lagi khutbah
seorang ustaz yg bersungguh-sungguh mengutuk sikap segelintir manusia yg
mementingkan diri..kuat betul suara ustaz tuh..aku yakin hari tuh takda seorang
pon yg boleh tertidor masa mendengar khutbah hari tuh..bila amati betul2,,mcm
ada terkena pulak dkt batang hidung sendiri..dari hari tuh,,aku rasa aku perlu
buat sesuatu pada diri sendiri supaya sekurang-kurangnya aku tidak lah menjadi
seseorang yg melukakan hati sesama Islam..
Dalam nak merubah sikap nih..kita kena
kuat..tabah,,sebab bukan semua orang boleh terus percaya kita nih dh berubah..biarlah
perlahan-lahan kita bukti pada org yg kita dh berubah..walaupon kadang2 mungkin
kita sedih sebab sebanyak mana pon kita cuba berubah tp org still tak
percaya..tak pa..jgn putus asa..teruskan dan tabahkan hati..menangis dlm hati
takpa..sekurang-kurangnya kita tahu ada yang Maha Mengetahui..Cukup dgn
pegangan tu..
Ok lah cukup sampai sini..Ada orang pesan jgn tulis
panjang2..sebab tak larat nk baca..ok..
Salam Maal Hijrah untuk semua..Semoga tahun ini akan
menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..Mudah-mudahan..Amin..
No comments:
Post a Comment