Wednesday, May 9, 2012

"Mousse Coklat"-Hantaran Perkahwinan Atau Pertunangan

Assalamualaikum semua!!

Seperti yang kita tahu..bulan 5 dan bulan 6 adalah bulan majlis-majlis perkahwinan dan juga pertunangan..
Macam aku..setakat ni dah ada lebih 10 jemputan kenduri perkahwinan..tak tahu lah samada boleh pergi semua atau tidak..Kepada kwn2 yang tinggal jauh tu..minta maaf la kalau aku tak dapat pergi kenduri kahwin korang sebab kenduri yang dekat-dekat sini pun banyak.Nanti apa pula kata-kata kwn2 yang tinggal dekat-dekat ni..Takkan yang jauh pergi,,lepas tu yg dekat pulak tak pergi..Kecik hati member..Tapi apa2 pun aku cubalah untuk pergi ke kenduri-kenduri anda sekalian..

Sempena bulan-bulan perkahwinan dan pertunangan ni..Aku nak berkongsi satu resepi best lah dengan korang semua..Sesuai sangat untuk dijadikan hantaran perkahwinan atau pertunangan ataupun sebagai pemanis mulut untuk makanan pengantin..Takkan asyik Kek dengan Cupcake sahaja kan..Apakata kita jadikan pertunangan atau perkahwinan kita unik sedikit berbanding orang lain..Ceh kira jadi Masterchef Khairul lah ni..haha..

Okeh..Resepinya adalah "Mousse Coklat".



Bahan-bahan untuk membuatnya adalah:
·         120gm Coklat Putih ('bittersweet' atau 'semisweet' – dipotong ketulan)
·         2 biji Telur Kuning (saiz besar)
·         60gm Gula Halus
·         ½ sudu kecil Extrak Vanila Tulen
·         250 ml ‘Whipping’ Krim (35-40% kandungan lemak)

Hiasan:
·         'Whipped' Krim
·         Raspberries Segar
·         Coklat (diparut)

                Cara-cara penyediaan:
  • Panaskan periuk bersama 50ml krim.
  • Sementara itu, dengan menggunakan periuk 'stainless steel' bersaiz sederhana yang telah dipanaskan, masukkan ketulan kecil coklat dan kacaukan ia sehingga coklat itu cair dengan sempurna.
  • Selepas itu, masukkan coklat cair tadi ke dalam krim yang dipanaskan.
  • Pada masa yang sama, pukul telur kuning dan campurkan ia ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati. Tutup dan masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk sementara.
  • Sementara bahan-bahan tadi menyejuk, pukulkan 'whipping' krim di dalam bekas yang lain bersama gula dan extrak vanila sehingga ia menjadi adunan yang lembut.
  • Kemudian, keluarkan bahan yang telah disejukkan tadi. Kacau ia dengan perlahan dan masukkan 2 sudu penuh 'whipping' krim ke dalam campuran coklat tadi untuk cairkan warnanya.
  • Kemudian salutkan baki 'whipping' krim ke dalam campuran coklat dan gaulkan secara perlahan sehingga sebati.
  • Akhir sekali, letakkan 'mousse' coklat dengan menggunakan sudu dan massukan ia ke dalam pinggan atau gelas untuk 6 hidangan mengikut citarasa. Tutup dan sejukkan untuk beberapa jam.

Untuk hidangan:Hidangkan 'Mousse' coklat yang telah disejukkan tadi bersama 'whipped' krim, raspberries segar, buah-buahan segar, kacang tumbuk, serbuk atau parutan coklat, puri buah dan sebagainya mengikut citarasa. 



Erm..Cantikkan dan semestinya lazat..Selamat Mencuba..hehe..

No comments:

Post a Comment