Erm..Agak menarik bunyi first entry aku untuk blog baru
nih..Sebenarnya tajuk ini aku ambil dari satu entry dari satu blog yang aku
pernah baca. Tapi aku tak sure dari blog mana.Nanti aku try cari balik.
“Bogel Menuju Tuhan”:- pada aku adalah suatu frasa yg
menggambarkan keadaan seorang manusia tatkala dibangkitkan utk bertemu Tuhan
diakhirat kelak.Tidak kira siapa pun kita didunia ini,samada
kaya,miskin,seorang menteri,seorang jurutera,seorang guru atau sesiapa sahaja..Apabila
kita dibangkitkan semula diakhirat kelak..kita akan menjadi sama sahaja.Yang
membezakan kita hanyalah amal ibadat yg kita bawa.
Di atas dunia ini..kita berbangga dgn pakaian yg kita pakai
kerana kebiasaannya pakaian menggambarkan siapakah kita..Kaya kah atau miskin
kah kita..Erm..tp pernah tak kita terfikir bagaimanakah pakaian kita tatkala
kita dijemput utk berjumpa dgn Tuhan suatu hari nanti.
Dari pengalaman sendiri dan pengamatan aku..kebanyakkan dari
kita hari ini leka dan asyik seolah-olah dibuai mimpi asyik ciptaan
sendiri..Sebab itu kita tidak malu dengan Tuhan tatkala kita melakukan
kesalahan..Kita melakukan pelbagai dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa
kecil..Kebanyakkan daripada kita takut bila kesalahan kita diketahui org
sehingga ramai yang sanggup berbohong utk melepaskan diri tetapi tidak takut
melakukan dosa yg tidak nmpk pada mata kasar sesama manusia.
Tetapi kita lupa yg setiap dari sesuatu perbuatan kita
dilihat oleh Tuhan dan sebenarnya kepada Tuhan yang patut kita paling malu
dan bukan kepada sesama manusia.
Hari ini tak perlu kita nk pertikai ramai diantara kita yg
saling tikam menikam diantara satu sama lain. Bukan tikam dengan pisau tp tikam
dgn fitnah. Dihadapan kita mereka berpura-pura baik seolah mereka baik seperti
malaikat tetapi dibelakang kita, mereka menjaja cerita-cerita negatif mengenai
kita, menghasut orang lain utk membenci kita. Mereka tidak malu untuk melakukan
ini semua kerana mereka menganggap tiada siapa yang akan tahu perbuatan
mereka.Jika org tanya, mereka bebas utk menafikan jadi mereka tahu mereka akan
lepas..Tetapi mereka lupa ada satu Yang Maha Besar sentiasa memerhatikan kita
dari atas.
Sebenarnya, jika setiap manusia sedar yang mereka sedang
“berbogel” menuju Tuhan, pasti setiap
insane bernyawa didunia ini akaa ada rasa gerun dan takut untuk
sewenang-wenangnya melakukan perkara terkutuk dimuka bumi Tuhan ini. Jadi apa
yang mampu kita buat?Perbanyakkan amal ibadat seperti solat dan membaca
Al-Quran supaya kita setidak-tidaknya mampu menutup sedikit tubuh kita yg “berbogel”
dihadapan Tuhan. Timbulkah rasa sedikit rasa malu. Kerana kadang-kadang malu
itu yang akan membawa kita terselamat dari azab api neraka Allah.
Ingat kawan-kawan,,sejauh mana kita boleh menunjukkan ego
kita sesame manusia??kita tutup pintu hati
kita untuk menerima apa yang diperintahkan oleh Tuhan seolah-olah kita
lebih berkuasa dari Yang Maha Pencipta. Kita abaikan apa yg di perintah oleh
Allah SWT hanya kerana kita mahu tunjukkan ego kita. Hari ini mungkin kita
tidak dapat melihat apakah pakaian kita di akhirat..Tp tatkala kita dihidupkan
kembali jangan samapi kita malu melihat tubuh kita bogel di hadapan Tuhan.
Sementelah yg kita wajar sentiasa ingat adalah dosa bukan
hanya sekadar dosa-dosa besar yg jelas boleh dilihat..tapi dosa-dosa kecil yg
kita pandang remeh itu juga jika dihimpun boleh menjadi dosa
besar..Ingat-ingatlah..
Sekian..

No comments:
Post a Comment