Thursday, May 24, 2012

Adakah Keseorangan Itu Kesepian Atau Keseorangan Itu Ketenangan??




Setiap kali bangun tidur diwaktu pagi..Maknanya rutin harian yang sama akan kembali berputar..
Kerja..kerja..kerja..dan kerja lagi..
tapi tak apa..sekurang-kurangnya kena bersyukur kerna masih punya kerja..
Balik dari kerja pon pasih punya cerita yang sama setiap hari..tak ada yang lainnya..
Lepas mandi..keluar mencari makan..bungkus dan bawa balik ke rumah..makan sambil tengok siaran berita dirumah..lepas makan masuk ke bilik dan bermalas-malasan di dalam bilik..melayan perasaan sendiri hinggalah tiba masa utk melelapkan mata..tidur..begitulah biasanya rutin harian berputar..tidak ada yg bezanya setiap hari..sama saja..Kepada yg membaca..mungkin terasa betapa bosannya putaran itu..tapi nak buat macam mana..itulah nasibnya..tapi tak mengapa..aku dah terbiasa..

Setiap hujung minggu..plot yang sama saja dapat aku catat setiap minggu..
Kalau ada aku tulis diari..mungkin setiap pages tertulis “Sama seperti minggu lepas”..
Tidak ada yang luar biasa..Cuma kadang-kadang jika ada sahabat-sahabat yg dtg menjenguk..baru lah hati ini akan terhibur seketika..Tapi tak mahulah selalu aku susahkan mereka..kerna aku sedar mereka juga punya agenda hidup mereka sendiri juga..
Kalau diikutkan hati..banyak perkara yang mahu aku rencanakan..buat itu..buat ini..kerna aku memang sukakan aktiviti-aktiviti yang gila-gila..tapi apakan daya takkan aku mahu lakukan semuanya keseorangan??tentu tidak akan dapat rasa keseronakkanya..Akhirnya,,aku Cuma pendamkan sahaja semua rencana-rencana itu kemas-kemas dan berharap satu hari nanti dapatlah aku melakukan semua rencana itu juga..

Setiap kali..aku membuka facebook..dan membaca aktiviti-aktiviti kawan-kawan semua..timbul juga rasa cemburu didalam hati..mereka bisa melakukan itu dan ini dan menghabiskan hujung minggu dengan gembira..melihat gambar-gambar yang mereka “share” didalam facebook,,aku tumpang gembira..setidak-tidaknya dapat lah juga aku berkongsi pengalaman mereka walaupun hanya pada sekadar gambar-gambar..Kadang-kadang berbisik juga didalam hati..mengapa aku tidak seperti mereka..dapat merasai semua pengalaman menarik itu bersama..bergembira,,berseronok,,bergurau senda..kepuasan jelas terpancar diwajah mereka,,dek senyuman yg jelas nampak didalam gambar-gambar facebook mereka..Sedangkan aku??terus bergoyang kaki didalam bilik keseorangan dan Cuma dapat bayangkan keseronokan mereka didalam bilik melalui gambar-gambar facebook mereka..ermm..PASRAH!!

Kadang-kadang aku hargai juga bila keseorangan..aku boleh menonton apa sahaja filem yang aku mahukan..aku boleh mendengar apa sahaja lagu yang aku hajatkan tanpa ada orang yg datang menghalang..Keseorangan itu beri aku masa untuk aku tenangkan jiwa setelah seminggu penat bekerja..
CUMA..
Kadang-kadang keseorangan itu buat aku terasa benar-benar kesepian..kesepian kerana tidak ada medium untuk aku berkomunikasi sesame manusia..apa yang ada Cuma sedikit barang didalam bilik,,lantai,,dinding dan juga bumbung bilik sendiri..hinggakan kadang-kadang bumbunglah yg menjadi teman bersembang untuk meluahkan rasa dan berkongsi cerita..MEMANG GILA..haha..
Bahaya juga jika berterusan bercakap sendirian..bimbang suatu hari nanti,,mudah menjadi orang yang suka khayal..khayal memikirkan sesuatu yg kita mengharapkan menjadi reality tetapi rupa-rupanya sentiasa menjadi mimpi dan fantasi..KESIANNYA!!

Memang benar,,kadang-kadang keseorangan itu boleh membawa ketenangan..kerana tiada siapa yang dapat mengganggu..tetapi jika kita keseorangan yang berterusan..boleh membawa kesepian yang melampau..Jangan bohong pada diri sendiri yang kita tidak perlukan sesiapa didunia ini..kita perlukan orang lain agar kita juga dapat berkongsi rasa,,pengalaman,,pengajaran,,keseronokan,,dan kegembiraan..Kita tidak perlukan orang lain berada dengan kita 24 jam sehari selama 7 hari seminggu..tetapi tidak pula kita minta supaya kita keseorangan 30 hari sebulan selama 12 bulan setahun..Ermm..

Selamat berhujung minggu semua!!

2 comments:

  1. Simpankan rencana-rencana kamu kemas2..Kita realisasikan bersama ya. :)

    ReplyDelete