Aku..kau..dia..kamu..dan mereka yang mana lelaki pasti
mempunyai impian untuk menjadi seorang ayah suatu hari nanti..Dan sekarang pon dah
ramai pon kawan-kawan yang dah pon dipanggil ayah atau abah atau papa atau
walid atau daddy atau apa saja..Ada yang sudah beranak satu dan ada yang sudah
beranak dua..aku tumpang gembira untuk mereka..
Walaupon didalam Islam,,kita disuruh menyayangi ibu
melebihi bapa tetapi kita tak boleh nak menafikan betapa besarnya jasa bapa
ini..Jasa seorang bapa bukan calang-calang,,orang yang bertungkus lumus mencari
rezeki utk membesarkan anak-anak dan isteri..Sakit kah,,penatkah,,mereka tak
pernah pon nak merungut asalkan anak dan isteri dirumah tidak kelaparan dan
cukup pakainya..Siapa-siapa yang dah jadi bapa,,mesti dah boleh rasa semua
ini..
Bapa aku,,ermm sangat garang orangnya..kalau
mendengar kepada perkataan yang terkeluar dari mulut dia bila dia marah boleh
buat sangat-sangat kecut perut..Aku dan adik-adik aku dah memang masak sangat
dengan perangai bapa aku ni..terutamanya aku dan adik perempuan
aku,,Yanti..Mungkin sebab kami ni anak pertama dan kedua..jadi kami lebih
merasai kegarangan bapa aku berbanding adik-adik aku yang lain..Adik-adik yang
bawah ni,,bapa aku dah tak berapa nak garang sangat mungkin kerana faktor usia
yg semakin meningkat..Aku ingat lagi masa keputusan SPM aku tak berapa baik..
Bapa aku ni sangat-sangat tegas terutamanya kalau
bab-bab pelajaran..Jangan mimpilah kalau nak ponteng-ponteng sekolah
ni..melainkan kalau betul-betul sakit,,barulah boleh tak pegi sekolah..Satu
lagi bila sampai time exam..haha..seram..kalau dapat result teruk..siapalah
bersedialah..fikir dulu dua tiga kali sebelum balik rumah..Aku ingat lagi masa
time result SPM keluar..Result aku tak baik sangat..Padan muka aku,,sapa suruh
malas belajar..Kesannya berminggu-minggu lah aku kena peril dengan bapa
aku..time makan kena perli,,time adik-adik belajar pon kena perli,,time tgk tv
pon kena perli..tapi nasib baik lah still dapat masuk Matrikulasi waktu tuh..tp
sebenarnya kerana perli-perli bapak aku lah,,aku betul-betul berazam nak
berubah masa dekat matrikulasi tu..corak study aku berbeza terus dari masa
SPM..Alhamdulillah ,,result Matrikulasi aku baik dapat lah masuk university..dan
dekat university pon corak study tu tak pernah berubah dan Alhamdulillah result
keseluruhan dekat universiti pon ok jugak..walaupon tak lah sampai dapat first
class honour..tp utk orang macam aku nih,,result tu dah sangat-sangat baiklah
tu..hehe..Alhamdulillah..
Tapi aku faham kenapa bapak aku nih,,nak sangat aku
berjaya dalam pelajaran..sebab dia taknak anak-anak dia susah macam dia..dia
lebih dulu makan garam dari aku..dan dia tahu macam mana susahnya hidup ni..
Tapi itu semua hanya sebahagian dari kasih sayang
yang ditunjukkan oleh bapak-bapak kita..Banyak lagi yang tak ter”describe”..
Selamat Hari Bapa kepada Abah..We all love you so much!!

No comments:
Post a Comment