Thursday, June 7, 2012

Takut Akan Dosa Sesama Manusia




Bila kita nampak orang lain buat sesuatu yang buruk..
Kita kutuk dia..kita hina dia..kita meluat tengok dia..kita benci dia..
Dan paling teruk lagi kita cerita dekat orang lain pasal dia..
Lepas tu orang lain pon turut benci dia..turut kutuk dia..turut meluat tengok dia..turut benci dia..
Nanti orang lain tu pulak cerita pulak hal orang itu dekat orang-orang lain pulak..
Maka makin bertambah ramai lagi orang yang kita dia..makin bertambah ramai lagi orang yang hina dia dan makin bertambah ramai lagi orang yang meluat tengok dia..dan bertambah-tambah lagi orang yang benci dia..

Kemudian suatu hari..Tuhan beri hidayah kepada orang itu untuk berubah dan bertaubat dengan taubat nasuha..bukan kerana sebab orang lain semua dan hina dia..bukan sebab orang lain semua dah kutuk dia..bukan sebab orang lain dah meluat tengok dia..dan bukan sebab orang lain semua dah benci dia..TAPI sebab rasa keinsafan yang benar-benar hadir dalam diri dia..Alhamdulillah..bagus untuk dia..

TAPI KITA??
Kita yang hina dia..kita yang kutuk dia..kita yang meluat tengok dia..kita yang benci dia..kita yang layan dia macam orang yang pasti ke neraka..kita yang yang cerita hal dia dekat orang lain sampai orang lain pon hina dia..sampai orang lain pon kutuk dia..sampai orang lain pun meluat dengan dia..sampai orang lain pon benci dia..
Dan kita yang menyebabkan orang lain bercerita kepada orang-orang lain pula sehinggakan orang-orang lain itu semua hina dia..sampai orang-orang lain tu jugak kutuk dia..sampai orang-orang lain tu pon turut meluat tengok dia..sampai orang-orang lain tu pon turut benci dia..benci dia secara berjemaah..

WAH!! Besarnya yang kita dapat!! Besar apa??Besarnya dosa yang kita dapat..
Macam mana nak minta maaf dari dia??Kalau dosa dengan Tuhan kita boleh mohon terus dari Tuhan..tapi dosa sesama manusia macam mana kalau kita sudah tidak jumpa dia lagi??
Dosa sesama manusia tidak akan terampun selagi orang yang kita buat dosa itu tidak ampunkan kita..

Ermm..Mudah-mudahan aku sentiasa beringat akan hal ini..Moga-moga kita tidak jadi seperti ini..

No comments:

Post a Comment