Thursday, May 24, 2012

Kelakarnya Kasih Dan Sayang Manusia




Sambil bermalas-malasan dalam bilik..Sempat juga intai-intai bulan dilangit..
Buat aku tersenyum..sambil fikiran khayal entah kemana..
Bila bibir tersenyum..tandanya fikiran sedang asyik teringat benda-benda yg menghiburkan jiwa..
Bibir tersenyum lagi sambil mulut berbisik sendirian..teringat beberapa perkara lalu yg tak mungkin dapat dilupakan..

Ahhh..peliknya perasaan sayang yg ada dalam diri manusia..
Perasaan sayang terhadap sesame manusia..tidak kira pada siapa..pada keluarga..sanak saudara..sahabat lelaki mahupon sahabat wanita..

Kasih dan sayang manusia ini kadang-kadang memang kelakar..
Kadang-kadang..ada perasaan kasih dan sayang yg ikhlas,, disambut dengan terbuka oleh pihak lain..
Ermm..sesiapa yg menerimanya patut bersyukur dgn kurniaannya..
Ada juga perasaan kasih dan sayang yg ikhlas yg diberi tidak berbalas..tetapi tidak mengapa..itu bukan tanda dunia di penghujungnya..
Ada juga kasih dan sayang yg diberi ikhlas..disalah anggap pula..Perasaan kasih dan sayang sebagai sahabat disalah anggap hingga kadang-kadang memutuskan ikatan yg mulia itu pula..
Kasih..sayang dan cinta seseorang itu boleh menjadi milik sesiapa sahaja..tetapi hati kadang-kadang cukup untuk meletakkan satu tempat sahaja..
Andai tidak mendapat tempat di dalam hati sesiapa..janganlah putuskan rasa kasih..sayang dan cinta itu kerna kasih..sayang dan cinta itu adalah sangan indah dan mulia..

Kasih dan sayang tidak terbentuk sekelip mata..mungkin sehari..mungkin seminggu..mungkin sebulan..dan mungkin bertahun..kasih dan sayang tidak boleh dipaksa..perasaan kasih dan sayang datang bila kena pada masanya..bagaimana nk tahu kasih dan sayang itu sudah tiba??Tak perlu meneka..bila ia tiba hati kita pasti akan rasa..
Tidak kira samada perasaan kasih dan sayang yg membentuk ikatan persahabatan..atau perasaan kasih dan sayang yg membentuk ikatan persaudaraan..semuanya indah belaka..kerana jika sesuatu ikatan perhubungan yg terbentuk adalah kerana ada kasih dan sayang..ia pasti akan menjadi ikhlas dan tak akan mudah luntur dek apa pon alasannya jua..biar apa pon sengketa yg melanda..perasaan kasih dan sayang itu pasti akan terus mengikat satu rasa..rasa rindu pada sahabat..rasa rindu pada saudara..mulut mungkin cakap tak suka..tapi hati pasti akan teringat juga..
Kadang-kadang di mulut kita kata benci mereka..mungkin kerana apa-apa sengketa..tetapi dalam hati rasa rindu yg teramat..rasa rindu utk kembali berbicara..rasa rindu utk bergurau senda..rasa rindu untuk berkongsi cerita..

Haha..peliknya perasaan kasih dan sayang manusia..tp siapa yg dapat menduga hati manusia??hati ini milik kita..kasih dan sayang kurniaan NYA yang maha esa..
Aku??Aku yakin dgn perasaan kasih dan sayang yang ada didalam jiwa sendiri..aku punya cara sendiri meluahkan rasa kasih dan sayang ini..tidak kira pada siapa..pada keluarga..pada sahabat mahupon saudara..cara aku mungkin tidak sama dgn orang lain..kerna setiap manusia berbeza..bagaimana aku menghargai atau membalas rasa kasih dan sayang sesame manusia??itu terpulang pada diri ku..tak perlu aku ikut mana-mana kata..hati aku milik aku..dan semestinya..bagaimana juga aku membalasnya.pasti akan ada alasan logikalnya yang bermain didalam minda..Bagi aku mudah sahaja..Berikan kasih dan sayang kepada semua yang sudi memberi rasa kasih dan sayang kepada kita..Yang paling penting kasih dan sayang itu mesti hadir dengan ikhlas tanpa dipaksa..kerana keikhlasan itu takkan dapat dilakonkan..semua orang pasti boleh rasa..Samada ia palsu atau pon nyata..

Tuesday, May 22, 2012

Aku Nak Beli Kereta!!Tapi Kereta Apa??(Tips-Tips Memilih Kereta)



Korang semua dah ada kereta??Aku rasa setiap dari orang yang sudah bekerja mesti mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta kan??Terutamanya kepada kaum yang sejenis dengan aku lah iaitu laki-laki nih..
Kalau tak masakan ada perumpamaan yang mengatakan kereta ni ibarat isteri kedua bagi lelaki untuk menunjukkan betapa obsesnya lelaki terhadap kereta.

Hari ni aku nak cerita sedikit pandangan aku tentang tips semasa nak membeli kereta.Ini pendapat peribadi aku lah..Orang lain aku tak tahu..Kalau ada yang nak tambah dengan tip-tip lain boleh lah comment dekat sini nanti..

11)      Semasa nak membeli kereta,,kalau boleh jangan lah pergi berseorangan..Bawalah seorang kawan atau sanak saudara yang tahu mengenai kereta..Kalau nak lagi bagus,,bawa seorang yang pandai bercakap a.k.a banyak mulut..Bukan senanglah nak suruh dia minta gift banyak-banyak nanti..Kalau pegi sorang-sorang kadang-kadang jadi takut nak minta gift tu..Car dealer nih pulak,,kalau kita tak minta,,diaorang takkan nk bagi punya..Jadi kita lah yg rugi..
22)      Sebelum pergi ke kedai kereta,,pastikan kita sudah buat research yang cukup mengenai kereta yang kita minat..Contohnya tentang harga semasa,,resale value,,teknologi-teknologi yang ada dalam kereta,,keselesaan kereta,,after sales service,,promotion dan lain-lain lah..Ini semua penting sebab kereta yang kita beli kena lah memenuhi criteria-kriteria yang kita impikan..Bukan senang nak keluar duit banyak-banyak ni.
33)      Sebaik-baiknya sebelum nak beli kereta ni,,jumpa lah dulu dgn orang-orang yang ada ilmu mengenai hal-hal finance kewangan..Mungkin kita ada sepupu sepapat yang kerja dekat bank atau jiran-jiran yg jadi pegawai bank..Boleh jumpa diaorang dulu dan tanya pendapat mereka dulu tentang keadaan kewangan kita sebelum kita nak pilih kereta yang sesuai dgn keadaan kewangan kita..Kalau keadaan kewangan kita tidak mengizinkan untuk membeli kereta yg kita impikan,,kita beli dulu kereta-kereta kecil yang murah atau jika kita hendak juga terus beli kereta yang kita idam-idamkan..kita simpan dulu duit kita tu dan kumpul banyak-banyak sampai kita boleh bayar duit muka yang banyak..Seboleh-bolehnya elakkan lah dari kena bayar installment yg terlalu tinggi setiap bulan..Bukan apa kita kena ingat,,nanti nk buat pinjaman untuk rumah lagi nak tanggung anak bini lagi..erm..jangan lupa semua tu..
44)      Bila sudah dekat kedai kereta,,minta sales advisor tu kenalkan semua kereta yg ada dalam kedai tu..Bukan apa..kadang-kadang ada kereta yang mahal bila kita tengok dalam website tapi mungkin ada promotion year end ka atau nak clear stock ka mana tau..So boleh dapat kereta yang lebih baik dari yg kita expect..Satu lagi minta sales advisor tu terangkan betul-betul dekat kita tentang kelebihan yang ada pada kereta tu terutamanya jika kita ada banyak pilihan kereta yang kita suka..Dan jangan lupa test drive kereta tu baru boleh feel..
55)      Dalam nak buat keputusan untuk memilih kereta ni..kita kena fikir juga keadaan semasa kita..Adakah kita masih bujang atau sudah berkahwin..Adakah kita mempunyai keluarga yang besar atau pon berkeluarga kecil atau tidak pon adakah anda seorang perempuan atau lelaki..haha..Jika anda masih bujang,,bagi aku tidak perlulah beli kereta yg terlalu besar..Bukan kita nak bawa sesiapa pon..Paling tidak pon mungkin korang nak bawa awek keluar dating ja hujung minggu..Tetapi jika ada siapa-siapa yg membeli kereta dengan tujuan nak bawa mak ayah dan adik beradik jalan2 sebab mungkin family memang tidak ada kereta lagi,,jadi boleh lah beli kereta yang besar sikit..Baru selesa nak bawa family jalan2..Bagi yang sudah berkahwin pula,,aku sarankan teruslah beli sebuah MPV..Walaupon korang baru ada seorang anak,,tapi insyaALLAH bilangan anak itu akan bertambah dari tahun ke tahun..Bukan senang nak tukar-tukar kereta selalu..Jadi teruslah beli kereta yang luas seperti MPV..Kita kena ingat,,beli kereta ni bukan macam beli rumah..harga rumah akanmeningkat dari tahun ke tahun manakala harga kereta pulak akan susut mendadak dari hari ke hari..lagi kerap korang tukar kereta,,sebenarnya lagi banyak yg korang akan rugi..
66)      Sebelum beli kereta plan betul-betul tahap kewangan kita sebab kita bukannya hanya akan membayar installment kereta sebulan dua tetapi bertahun-tahun..Jika kita masih bujang,,plan budget betul2 andai kita sudah berkahwin..Adakah masih mampu kita untuk menyara anak dan isteri??Sebaik-baiknya kita kira dulu,,setelah ditolak installment kereta berapa lagi baki duit yang kita ada..Adakah kita masih mampu untuk hidup selesa..Seboleh-bolehnya janganlah kita guna lebih dari 1/3 dari gaji kita untuk membayar pinjaman bank..Barang diingat pinjaman bank ni bukan sahaja ansuran kereta tetapi kena tambah juga pinjaman perumahan dan lain-lain pinjaman..Kalau bayaran installment utk semua pinjaman-pinjaman tu masih kurang dari 1/3 gaji..rasanya tak ada masalahlah dengan kewangan bulanan korang nanti.
77)      Seboleh-bolehnya semasa kita membeli kereta,,kita jangan ada dalam fikiran kita yg menganggap kita ni orang kaya yang banyak duit..Jika kita ada pemikiran macam tu,,kita akan cenderung untuk membeli kereta yang mahal-mahal..Memang betul jika diukur pada gaji semasa kita mampu..tetapi kita bayar installment itu untuk bertahun lamanya..Kita tidak dapat menduga apa yang akan terjadi kepada kita pada masa hadapan..Mana tahu nanti ada kegawatan ekonomi ka..kita hilang pekerjaan..ataupon selepas kita kawen kita dapat anak kembar 4 ka 5..kita mana tahu..Jadi waktu itu kita dah jadi tak mapu pula nk bayar installment kereta..Sebaik-baiknya kita selalu anggap gaji kita pada tahap yg paling minima dimana walau apa pon yang terjadi kita still boleh bayar installment kereta tu..Memang betul kalau tak mampu kita boleh jual kereta tu tapi kalau kita tak habis bayar pinjaman bank,,kita still kena bayar baki pinjaman pada bank dan masalah akan timbul bila harga semasa kereta kita tu dah jadi lebih rendah dari baki pinjaman kita pada bank..Tak pasal-pasal kita kenalah keluar duit lagi untuk bayar pada bank..ermm..teruk-teruk..
88)      Tak ketinggalan..sebelum memutuskan untuk membeli sesebuah kereta..kita kena ingat yang kita bukan sahaja kena keluarkan duit semasa membeli kereta tetapi selepas membeli kereta jugak banyak lagi yg kita kena guna duit..selepas beberapa bulan kita kena ready untuk services..Lepas tu kalau ada apa-apa terjadi kpd kereta kita seperti accident kah..kita kena guna duit lagi..Dan setiap cukup satu tahun,,kita perlu sediakan duit untuk bayar road tax dan insurans..Lagi mahal kereta kita,,lagi mahal lah insuransnya nanti..Kita jugak kena ingat,,tatkala kita start ja kereta..minyak akan berjalan..so kita kena peruntukan duit minyak juga setiap bulan..tak guna jugak kalau kita beli kereta mahal-mahal tapi letak dekat rumah ja kan??betul tak??itu semua kita perlu masukkan kedalam budget bulanan kita lah..Jadi fikir betul-betul sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kereta..
99)      Spare part juga perlu kita pertimbangkan..Samada senang atau tidak untuk kita dapatkan spare part ganti ni..Kita boleh baca dari website ataupon blog-blog kedai kereta samada mudah atau tidak untuk dapatkan spare part ini..Bukan apa..jika susah untuk dapatkan spare part ini,,maka makin mahal lah harganya nanti..Satu tip dari aku..kebiasaannya jika model kereta yg kita pilih itu sangat sedikit bilangan penggunanya..biasanya harga spare part akan mahal sebab tak banyak kedai yang menjual spare part tersebut..Jangan pandang remeh mengenai hal-hal spare part ni sebab kita tak tahu bila kereta kita akan buat hal..Kalau kereta tak buat hal pon mungkin kita sendiri yg cuai atau orang lain yg buat hal sampai kita kena ganti spare part baru..Mungkin orang lain langgar kereta kita kah ataupon kita yg terlanggar kereta orang kah..Itu semua akan menyebabkan kereta kita kena masuk worksyop lah tu..Kalau spare part mahal..sendiri mau ingat lah..haha..

Nak beli kereta ni memang best tapi ada banyak benda yang kita kena consider sebelum memilih sebuah kereta yg sesuai untuk kita..Orang kata “ukur baju dibadan sendiri” jangan sampai kereta tu akan jadi bebanan yg besar kepada kita..Fikir-fikirkan dan selamat membeli kereta!!

p/s: Baru lah aku tahu kenapa tak ada yang comment..rupa-rupanya aku disable comment sebelum ni..sekarang dah ok..kalau ada yg sudi nk comment mana-mana entry aku..silakan lah..aku sangat-sangat appreciate..Terima kasih..hehe..

Monday, May 21, 2012

Dari Saat Dia Mengatakan "Ya"





Tidak ada siapa yang dapat membaca..
Getarnya hati ini bila kali pertama aku meluahkan rasa..
Disaat untuk menyunting dirinya sebagai suri dihati ini..
Peluh-peluh hangat membasahi telapak tangan, dahi dan dada..
Menantikan jawapan “ya” dari dirinya..

Perut terasa senak entah mengapa..
Kaki bergoyang kencang tanpa aku tahu apa puncanya..
Jantung berdegut kencang tanpa ada sebab logikalnya..
Malah lutut terasa gigil tanpa ada yg menggoncangnya..
Tapi semuanya kembali tenang tatkala dengan senyuman dia menyatakan “ya”..

Dari hari itu,,semuanya menjadi nyata..
Bibirku terkuntum senyum kerana ketemu puteri idamannya..
Apa yang pasti setelah ku dengar “ya” dari bibir mulusnya..
Pasti ku balas dengan berjuta taat setia..
Tidak dapat ku janjikan intan dan permata..
Tetapi akan aku pastikan hidup kita berdua cukup sempurna..
Agar terukir sejarah cinta untuk selamanya..

Dari saat kau mengatakan “ya”..
Sebenarnya jiwa dan hatiku dah kau bawa terbang..
Terbang jauh keawan khayal ku..
Khayal yang meneka masa-masa yang akan kita habiskan bersama..
Bersama menghabiskan sisa-sisa kehidupan didunia yang sementara ini..

Terima kasih kerana mengungkap kan satu perkataan magis,”Ya”..
Membolehkan hati kita terpatri menjadi satu..
Kau hadir membuatkan hati terasa bahagia..
Ditengah-tengah jiwa dan jasad benar-benar terasa sunyi dan keseorangan..
Hadirnya kamu bagaikan membawa sinar yang menyala terang..
Semoga cinta ini terus direstui dan berkekalan hingga ke syurga..

Akhirnya..
Bibir ini ingin terus mengungkapkan rasa terima kasih dan syukur..
Semuanya kerana kamu sudi mengatakan “Ya”

Harga Sebuah Kemaafan: Berbaloi Atau Buang Masa??





Pernah tak korang semua marah akan sesiapa??Mesti pernah kan..kalau tak luahkan di mulut pon..Mungkin korang pernah marah dalam hati..
Adakah korang telah memaafkan orang-orang yang korang pernah marah??Atau mungkin korang rasa tak mungkin akan member kemaafan kepada orang-orang yang pernah anda marah??
Beberapa soalan dari aku..adakah susah sangat untuk memaafkan orang-orang yg kita marah??sehinggakan kita terlalu tegar dgn pendirian utk tidak memaafkan org lain??
Adakah terlalu berharga kemarahan itu sehinggakan kita sanggup mengetepikan suruhan agama yang menyuruh kita sentiasa berbaik2 sesama manusia??
Adakah korang yakin yang perkara yg korang marahkan org lain itu benar2 berpunca dari kesalahan orang lain dan bukan berpunca dari diri anda sendiri??
Atau adakah korang benar2 pasti yg korang tidak pernah membuatkan org lain marah kepada korang sehingga anda tidak tahu nk menghargai suatu nilai kemaafan??
Seperkara yg aku nak bawa kita untuk sentiasa beringat ialah “Tidak semestinya orang yang meminta maaf itu adalah mereka yg sebenarnya melakukan kesalahan..Kadang2 orang yang meminta maaf itu sendiri tidak tahu samada dia memulakan apa2 kesalahan atau tidak..Cuma disebabkan tidak mahukan satu sengketa menjadi berlarutan dan mengikut apa yg disaran agama..Maka mereka terlebih dahulu memohon maaf..Jadi tidakkah sebenarnya mereka ini melakukan perkara yg betul??”
Memang benar aka nada diantara kita akan berkata seperti ini,,”Memaafkan itu boleh..tetapi andai kesalahan itu dilakukan berulang kali selepas kemaafan diberikan berulang-ulang..pada satu had nanti pasti tidak akan dapat diberi kemaafan lagi”..Kenyataan ini benar dan boleh dipakai tetapi pernah kah kita terfikir..Jika kita rasa orang lain melakukan kesalahan yg sama walaupon setelah berkali-kali kita memaafkan..apakah agaknya puncanya??Adakah orang ini benar2 tidak boleh berubah atau adakah kita sendiri puncanya mereka tetap mengulangi kesalahan-kesalahan yg sama??
Kebiasaannya..tatkala seseorang itu memohon maaf..pasti seseorang itu akan memberitahu alasan kenapa dia melakukan kesalahan tersebut..Jika orang itu secara jujur menyuarakan sebab dia melakukan kesalahan..itu tandanya dia benar2 jujur memohon kemaafan.. Jadi dari situ kita akan tahu mengapa mereka melakukan kesalahan itu..Jadi jika mereka melakukan kesalahan yg sama setelah mereka melakukan meminta maaf..Kita sebenarnya boleh berfikir mengapa jadi seperti itu kerana kita tahu sebabnya..
Contohnya.andai seorang kawan kita menyakitkan hati kita dan selepas beberapa ketika kawan itu memohon maaf daripada kita..Andai kawan kita itu benar2 ikhlas memohon maaf pasti dia akan memberitahu mengapa dia berbuat sesuatu yg menyakitkan hati kita dahulu..Mungkin kerana dia juga tersinggung dengan perbuatan kita atau mungkin ada orang lain yang menjadi batu api sehingga tercetusnya perbalahan atau mungkin ada sebab2 lain..
Malangnya selepas beberapa minggu kwn kita itu sekali lagi melakukan sesuatu yg menyakitkan hati kita..Adakah patut kita meletakkan 100% kesalahan kepada dia..ataupun patut kita lihat semula diri kita..mengapa kwn kita itu mengulangi perbuatannya yg dulu..adakah kita telah melakukan apa2 yg menyinggung perasaannya??
“Seperkara yg kita kena selalu ingat adalah Pokok tidak akan bergoyang andai tidak ada angin yang meniup”

Jadi teruslah berikan kemaafan kepada sesiapa sahaja tidak kira berapa kali pon orang lain melakukan kesalahan terutamanya jika kesalahan yg dilakukan hanyalah kesalahan keci2 atau salah faham sahaja..Selagi kesalahan itu tidak mengaibkan atau mendatangkan kemudaratan kepada kita atau keluarga..Apalah salahnya andai kemaafan itu diberikan secara berterusan tidak kiralah berapa kali pon kesalahan itu berulang..
Kita juga kena ingat..setiap manusia ada kelemahannya..dan bukan mudah untuk setiap manusia untuk berubah dalam sekelip mata..Mungkin untuk seseorang itu benar2 berubah..dia memerlukan masa..Mungkin setelah berulang kali melakukan kesalahan dan kita pula terus memberikan kemaafan..Dan akhirnya dengan pertolongan ALLAH,,kawan kita itu akan benar2 berubah dan kita juga akan diberikan pahala yg banyak diatas pertolongan dan kesabaran kita terhadap kwn kita itu..
Mungkin aku boleh ambil satu perumpamaan..Contohnya seorang perokok tegar..Seperti yg kita tahu bukan mudah utk merubah seorang perokok tegar utk benar2 meninggalkan rokok..Walaupon kita terus menasihati mereka..mereka masih tidak dapat meninggalkan rokok-rokok mereka..tetapi kita tidak boleh berputus asa..Terus berikan nasihat dan galakan..mana tahu akhirnya kwn kita itu berjaya meninggal rokok mereka..tetapi jika kita berputus asa di pertengahan jalan..rugilah usaha kita..kerana tiada apa2 pon yg berubah..
Tp  mungkin ada pula yg kata “ apa pulak samakan perokok dgn isu maaf memaaf ni.” Aku Cuma jadikan ini sebagai contoh yg bukan mudah untuk merubah seseorang itu dari satu perkara yg sudah menjadi kebiasaan mereka..

Satu lagi perkara yg kita kena ingat adalah..hari ini orang meminta kemaafan daripada kita..dan esok lusa mungkin kita pula akan meminta kemaafan dari orang lain..Dan cuba bayangkan jika kita meminta kemaafan daripada orang yg kita sayang seperti ibu bapa..adik beradik..isteri dan lain2..tetapi mereka tidak dapat memaafkan kita..Apa perasaan kita..Tentu hati kita jadi pedih dan hidup kita jadi tak keruan kan??Kita kena sentiasa ingat tiada seorang pon manusia ini kebal daripada melakukan kesalahan..

Seperkara lagi kita kena sentiasa mencontohi sikap Rasulullah saw:

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? 

Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Dan ini juga mungkin boleh dijadikan panduan juga:
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]
Kemaafan itu sangat manis..Andai dapat kita berikan..Jiwa kita pasti akan rasa bahagia..
Jika kita melakukan sebarang kesalahan..cepat2 lah memohon maaf..Memohon maaf itu bukanlah tandanya kita kalah dalam permainan ego..tetapi sebenarnya kita lah yg mencapai kemenangan..Kita menang didunia dan kita menang juga diakhirat kerana kita melakukan perkara yg menjadi tuntutan agama.

p/s: Terima kasih sebab support blog aku..Dua entry yg sebelum ini dapat 150 dan 200 pages view..Tapi janganlah baca dan view saja..komen lah sikit..barulah boleh bertukar-tukar pandangan..hehe..Tapi anyway..terima kasih banyak-banyak..

Tuesday, May 15, 2012

Kenapa Cakap Tak Serupa Bikin??Argh!!!





Adakah kebanyakkan manusia ini memang hipokrit??Atau kata kampungnya cakap tak serupa bikin lah..
Sebab dari pemerhatian aku,,ramai dikalangan kita yg terkena penyakit ini..
Bukan nak kata orang lain..aku pon sebenarnya dah terkena penyakit nih jugak..hehe..

Kenapa aku kata ramai diantara kita ni yg hipokrit??
Sebab ia memang berlaku dikeliling kita tiap-tiap hari..kadang2 kita pon melakukan..
Tak percaya??tgk contoh-contoh yg aku berikan dekat bawah ni..

Contoh pertama,,contoh paling ketara..
Bila kita memandu dekat jalan2 kampung atau jalan2 bandar..
Bila sampai dekat satu simpang..kita nk memandu keluar dari simpang tu..
Kita tgk kiri dan kanan samada ada kereta atau tidak..tiba2 ada satu kereta tu masuk simpang tanpa beri lampu signal..byk diantara kita yg maki hamun org tu..”Ooi..apa nih..nk masuk simpang bagi lah signal!!Buat penat ja aku tunggu dekat simpang ni”..tu salah satu dialog yg mungkin diucapkan lah..kadang2 tu siap dgn tangan2 sekali naik..beri isyarat nk bg penumbuk..haha..tapi kan yg kelakarnya..kebanyakkan dari kita jugak selalu terlupa nk bg signal bila nk masuk simpang lepas tu buat muka bodoh ja..last2 dia kena balik maki hamun dgn org lain..Betul2 cakap tak serupa bikin..huhu..

Itu satu contoh..Ada contoh lain lagi..
Bila ada seorang kwn kita atau kenalan kita yg ada awek..Dan kwn kita ni pulak memang kerja dia berkepit ja dgn awek dia..Lepas tu adalah org2 yg akan kata “Argh..tengok mamat tu..tak habis2 berkepit dgn awek..kalau aku..releks2 sudah la..dah la selalu berkepit..dekat rumah asyik bergayut dan sms pulak”..Dan kebanyakkan yg ckp tu biasalah yg belum mempunyai awek lagi lah..Tapi bila diaorg sendiri dah ada awek,,diaorang sendiri pulak yg selalu berkepit,,bergayut dan ber sms..diaorang tak perasan pulak..

Itu sebahagian lah dari sikap hipokrit kita2 nih..
Sebenarnya kita cenderung utk nampak keburukkan org tp kita tak sedar yg kita pon sebenarnya buat benda yg sama cuma mungkin masa sahaja yg tak sama..Org lain buat dulu..Lepas tu kita kemudian..
Jadi bagi aku..mungkin kita perlulah belajar mengawal mulut kita dari terlalu bercakap pasal orang..Bukan apa sebab takut nanti org lain akan kata macam ni “Argh..Kerol tu poyo ja lebih..dulu dia yg lebih2 mengata orang..sekarang dia tu pon sama..huh.tak boleh pakai punya budak”..kan susah bila orang cakap macam tu..lagi orang meluat dgn kita..haha..

p/s: Sebenarnya kita sebagai manusia tidak boleh menilai atau nak menghakimi seseorang yang lain diatas perbuatan-perbuatan mereka..kerana kita tidak merasai apa yg orang lain rasai dan lalui..Silap2 bukan sahaja kita jadi hipokrit tapi lebih teruk lagi kita terfitnah orang lain pulak..Erm.tak nak2..

Monday, May 14, 2012

Alahai Abang Polis!!!




Dalam byk2 jawatan dalam dunia ini, jawatan apa yg org paling respect?
Kalau bagi aku,,jawapannya adalah Polis..
Sebab??
Cuba kita tgk, bila kita jumpa polis ja hati mesti rasa gabra semacam..
Tak kira lah Polis biasa kah..Polis trafik kah..bila ditegur atau disapa oleh mereka,mesti kita akan jwb dgn sopan..Takkan ada org yg akan berani buat kurang ajar dengan Polis..
Aku rasa kalau kita org2 yang berjawatan tinggi atau org yg kaya-raya sekali pun,,bila berhadapan dengan Polis,,pasti kita akan jadi respect dgn mereka walaupon jawatan mereka hanyalah Detektif Polis sahaja..Sebab apa??Mungkin kerana jawatan polis itu sendiri yg membuatkan kita tak berani nak kurang ajar atau bersikap kasar dengan mereka..Silap cakap ke lokap lah kita..haha..

Ok..Itu mukadimah sahaja..Apa yg aku nk share hari ini adalah setinggi mana respect,,rasa percaya atau rasa hormat kepada abang2 polis kita di kalangan rakyat Malaysia hari ini.
Adakah rasa respect itu hanyalah pada luaran sahaja??atau rakyat Malaysia hari ini benar2 respect Abg2 polis ini kerana mereka hormat dan percaya kepada institusi kepolisan di Malaysia ini??

Sebelum aku ulas lebih panjang lagi,,kalau ada abang2 polis yg baca post ini..sebenarnya tak terniat langsung nak mempertikaikan krediabiliti polis di Malaysia ini cuma mungkin ada beberapa benda yg perlu dibaiki untuk memastikan org ramai terus percaya kepada institusi Polis di Malaysia ini.

Bagaimana rakyat Malaysia boleh hilang kepercayaan tentang kekreadibilti system kepolisan di Malaysia ini? Contoh yang paling dekat sebenarnya melalui sekatan-sekatan trafik yg dilakukan oleh unit trafik.
Apabila kita menyelusuri sepanjang lebuhraya sewaktu hendak pergi ke tempat kerja atau pon nk balik kampong dan sebagainya,,byk kita dpt lihat unit-unit trafik polis membuat sekatan untuk menahan kereta-kereta yg dipandu dgn had laju berlebihan. Aku pon tak terkecuali lah pernah kena tahan dgn polis-polis ini..Tidak salah polis-polis ini hendak membuat road block ini,,cuma kadang-kadang gejala rasuah ni semakin berleluasa pulak.. Bila mereka tahan sebuah kereta,,ramai diantara mereka yg akan tanya
” Abang..abang dah pandu laju tadi..Saya terpaksa saman abang..Abang nak settle dekat sini atau nak saman..Settle sini 50 ringgit sudah lah..kalau saman kena 300 nih”..Wah siap bg info tambahan lagi..



Bagi kita..mmg kita syok la sbb boleh byr kurang dan kebanyakkan daripada kita mesti settle dekat situ ja..Kalau kena saman leceh..nk kena pegi Balai Polis lagi..
Tapi kadang2 aku terfikir..jika ini berterusan,,bagaimana rakyat Malaysia akan mempunyai kepercayaan didalam hati mereka yg Polis-polis di Malaysia ini menjalankan setiap tugas  mereka dengan penuh beretika dan amanah?Dah byk cerita aku dgr dari kwn2 dan sedara2 yg bercerita seolah-olah mereka tidak percaya pd polis-polis dekat Malaysia ini..kerana apa??kerana sebab2 kecil2 seperti ini lah..Ambil rasuah di tepi lebuh raya dan jalan2..
 Tapi betul..tidak semua polis yang ambil rasuah2 mcm ni..Dan masih banyak lagi polis2 dekat luar sana yg menjalankan tugas mereka dengan cekap dan amanah..tetapi disebabkan segelintir polis yg membuat onar seperti ini,,nama keseluruhan polis akan tercemar..

Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis ini disebabkan oleh insiden yang berlaku pada satu perhimpunan yg berlaku awal bulan ini di KL.Kadang2 aku kasihan pd polis-polis ini kerana walaupon mereka menjalankan tugas mereka dgn amanah dan bersungguh-sungguh utk menjaga keamanan dalam negara ini,,ramai yg menganggap mereka pula pengganas..Di sebabkan apa??sebab segelintir rakyat Malaysia telah pon mempunyai sejarah yg membuatkan mereka tidak begitu percaya dgn tahap ketulusan polis2 Malaysia menjalankan tugas mereka..
Berbalik kpd perhimpunan yg aku cakapkan td..Aku tak mahu tulis apa2 pasal perhimpunan itu kerana bg aku perhimpunan itu lebih kepada fahaman politik masing2..terpulang lah pd pandangan masing2..Cuma yg aku nk kongsikan adalah mengenai beberapa org polis yg diserang oleh mereka yg menyertai perhimpunan tersebut..Aku tak tahu nk cakap siapa sebenarnya yg bersalah..Adakah polis atau org2 yg menyertai perhimpunan tersebut kerana ada mcm2 versi cerita dan video yg didedahkan kpd umum..Dan pasti versi2 cerita2 dan video2 itu adalah mengikut fahaman politik masing2..Kita yg tidak kesana dan melihat sendiri kejadian tersebut hanya boleh mendengar dan melihat kedua2 versi video tersebut..Yg mana benar,,yg mana tidak..tak tahu..tapi sejujurnya bg aku..aku rasa polis2 itu hanya menjalankan tugas mereka..takkan tergamak mereka nk melakukan perkara yg tidak baik kpd org ramai..
Berbalik semula kpd percaya atau tidak ini dgn kreadibiliti kepolisan di Malaysia ini..
Macam melalui perhimpunan td..sebenarnya kita akan jumpa 3 puak yg melihat dan memerhati perhimpunan ini..Satu adalah pihak pembangkang..kedua adalah pihak yg menyokong kerajaan dan yg ketiga adalah pihak2 berkecuali atau atas pagar..Bagi dua pihak yg pertama,,kita sudah tidak boleh buat apa2 dah..Yg membangkang sudah pasti akan kata yg polis2 itu salah manakala yg menyokong kerajaan akan mengatakan yg polis itu benar tetapi bagaimana dgn pihak yg ketiga ini??Mereka yg berada ditengah2..Dan sebenarnya pihak ini yg dianggotai oleh majority rakyat Malaysia..Dalam hal untuk menghakimi kejadian yg berlaku di perhimpunan tersebut..mereka tidak dipengaruhi oleh fahaman politik kerana mereka tidak terlalu menyokong mana2 pihak..jadi utk mereka menilai pihak mana yg betul atau tidak adalah melalui pengalaman mereka sendiri..Disini lah kes2 seperti rasuah-rasuah lebuh raya td akan memainkan peranan..Jika mereka pernah melalui pengalaman rasuah tepi lebuhraya td..Pasti mereka akan cenderung utk mempertikaikan ketelusan polis-polis Malaysia menjalankan tugas mereka..Sudah pasti mereka akan cenderung mempercayai video2 dan cerita dikeluarkan oleh pihak pembangkang..Adakah mereka salah??tidak juga sebab mereka telah mengalaminya sendiri sebelum ini
Jadi mereka juga akan turut menghentam polis-polis ini..Kadang2 aku rasa tidak adil setelah melihat polis-polis ini dipukul dgn begitu kejam kerana menjalankan tugas tetapi mereka tetap dianggap pihak yg jahat pula..Tp itulah sebahagian kecil polis sendiri yg menyebabkan org ramai berfikiran sedemikian..

Jadi bg aku,,utk mengembalikan semula kepercayaan kepada intistusi kepolisan diMalaysia ini..Gejala2 rasuah tepi lebuh raya atau jln2 ini perlu ditangani segera..Jika tidak lebih ramai polis2 yg menjalankan tugas mereka dgn cekap dan amanah akan terus dipandang serong oleh org ramai kerana dek perbuatan sebahagian kecil sahabat mereka sendiri..Fikir2 kan..

p/s: Aku tetap percaya kpd polis-polis di Malaysia ini..