Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku
ketika ini..Malam-malam nak tidur pon tak lena..pandang dinding bilik aku
senyum..pandang siling bilik aku senyum..pandang luar bilik dari tingkap pon
aku senyum sampai nakberus gigi waktu mandi pon masih boleh tersenyum..
Semuanya macam mimpi..Aku masih tak percaya..Aku tepuk-tepuk
pipi..Biar betul aku dah bertunang..Aku dah punya tunang
sekarang..hehe..bestnya..haha..Lepas ja dari terikatnya pertunangan hari
itu..aku dapat rasa ada seseorang yang berdiri sebelah aku..seseorang yang akan
menamani aku sehinggalah ke akhir hayat aku..InsyaALLAH..
Sejujurnya, memang sudah lama aku mencari permaisuri hati
ini..Tapi susah nak ketemu..Keluarga aku selalu cakap yang aku ni
cerewet..Sampai ada makcik aku yang cakap tak sabar-sabar nak tengok siapa lah
yang aku pilih nak jadikan isteri..hehe..aku bukannya cerewet..bahkan aku tak
pernah pon letakkan apa-apa kriteria dalam memilih bakal isteri ni..Yang aku
harapkan aku akan ketemu dengan seseorang yg sangat-sangat menyayangi aku..Itu
pon dah lebih dari cukup..Kenapa aku nk terlalu memilih..aku pon sedar siapa
aku..bukannya hansome pon,,nak kata berduit??apatah lagi..memang tak lah..Jadi
kalau aku berjumpa dengan seseorang yang boleh terima dan menyayangi aku
sepenuh hati..Aku dah sangat-sangat bersyukur..Alhamdulillah..
Erm..Dahlia..nama timangan tunang aku ni..apa lagi yang
boleh aku describe mengenai dia??Bagi aku dia adalah seorang wanita yang sangat
sempurna..Dengan dia,,aku rasa semuanya senang,,tenang dan berjalan lancar..itu
yang menguatkan lagi hati aku mengatakan dialah permata hati aku..Aku selalu
berdoa supaya Allah tunjukkan kepada aku calon yang benar-benar sesuai untuk
aku jadikan suri hati ini..Dan jika sudah ketemu aku harapkan semua akan
menjadi mudah untuk aku jadikan petanda yang dia lah orang yang aku
cari-cari..Dan dengan Dahlia.. Ya semuanya bagi aku mudah..Dia orang yang
simple..dia seorang yg sweet..dan yang paling penting dia bagi aku,,indah
samada sifat luaran mahupon sifat dalamanya..Aku ingat lagi masa kali pertama
Dahlia dtg berjumpa dgn family aku,,waktu tu masa birthday aku..Dia datang
dengan kakaknya..Aku dapat rasa betapa gementarnya dia waktu tu..tp dia
gagahkan juga..Akhirnya selamat juga dia sampai dekat rumah aku waktu tuh..Dan
waktu itu bukan sahaja mak, ayah dan adik-adik aku sahaja yang ada..tapi semua
ahli keluarga aku yang lain juga ada..tapi dia releks..tenang ja..apa yang
paling membanggakan aku..ada makcik aku depan-depan tunjuk tangan tanda bagus
dan cakap yang ini makngah setuju seratus peratus..haha..aku tak tahu lah
Dahlia perasan atau tidak..kalau dia perasan..mesti dia kembang rr..haha..
Bila dah jadi tunangan orang ni..aku tahu yang aku sudah
mula kena bersiap sedia untuk memegang amanah..amanah seorang lelaki kepada
seorang wanita..aku mahu dia merasakan dialah wanita yang paling bertuah dalam
dunia ini..sepertimana yang aku rasakan sekarang yang aku lah lelaki yg paling
bertuah didunia ini selepas aku berkenalan dengan dia..Dia benar-benar
melengkapkan hidup aku..Aku tahu walaupon aku seorang lelaki dan sepatutnya aku
yang membimbing seorang isteri kejalan yang diredhai Allah,,tapi aku tahu
dengan sifat yang ada pada Dahlia ini,,dia juga akan dapat membantu aku lagi
untuk aku membaiki diri menjadi seorang lelaki,,suami,,ayah dan ketua keluarga
yang diredhai Allah..Itu lah sebab utama kenapa aku benar-benar suka akan
Dahlia ni..hmm..aku sangat-sangat bersyukur dengan pemberian
Allah..Alhamdulillah sekali lagi..
Aku bukanlah seorang lelaki yang benar-benar perfect..aku banyak
kekurangannya..Tapi harapan aku,,aku akan dapat membahagiakan bakal isteri aku
ini sepanjang hayat aku..Apa sahaja akan pasti aku lakukan asalkan aku dapat
melihat wajahnya tersenyum bahagia setiap masa..Aku akan cuba sedaya upaya aku
untuk memastikan itu berlaku..Semoga bersama-sama kita akan dapat mengharungi
hidup ini bersama dan kita akan berbahagialah selama-lamanya..Kau yang teridah untuk ku..

meneliti setiap butir perkataan kamu membuatkan sy tersenyum sendiri dari tajuk sampai ke penutup. ^___^ <3
ReplyDeletehehe..meneliti setiap butir comment kamu dari huruf pertama hingga angka terakhir tuh,,buat saya gembira..hehe..ayat gatal tak??haha
ReplyDeleteSweetnya...Tahniah Kaerrow dan Dahlia..
ReplyDeleteAshmir Jsg
So sweet....n romantik...kmai tumpang hepi for both merpati....da decide k trkh bsejrh bila?....kmai jsg
ReplyDeletehaha..terima kasih..terima kasih semua..wah dah banyak pembaca blog nih..hehe..doakan kami ya,,
ReplyDelete