Wednesday, June 6, 2012

Sebentuk Cincin Sebagai Tanda..Terikat Janji Teruna Dan Dara




Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika ini..Malam-malam nak tidur pon tak lena..pandang dinding bilik aku senyum..pandang siling bilik aku senyum..pandang luar bilik dari tingkap pon aku senyum sampai nakberus gigi waktu mandi pon masih boleh tersenyum..
Semuanya macam mimpi..Aku masih tak percaya..Aku tepuk-tepuk pipi..Biar betul aku dah bertunang..Aku dah punya tunang sekarang..hehe..bestnya..haha..Lepas ja dari terikatnya pertunangan hari itu..aku dapat rasa ada seseorang yang berdiri sebelah aku..seseorang yang akan menamani aku sehinggalah ke akhir hayat aku..InsyaALLAH..

Sejujurnya, memang sudah lama aku mencari permaisuri hati ini..Tapi susah nak ketemu..Keluarga aku selalu cakap yang aku ni cerewet..Sampai ada makcik aku yang cakap tak sabar-sabar nak tengok siapa lah yang aku pilih nak jadikan isteri..hehe..aku bukannya cerewet..bahkan aku tak pernah pon letakkan apa-apa kriteria dalam memilih bakal isteri ni..Yang aku harapkan aku akan ketemu dengan seseorang yg sangat-sangat menyayangi aku..Itu pon dah lebih dari cukup..Kenapa aku nk terlalu memilih..aku pon sedar siapa aku..bukannya hansome pon,,nak kata berduit??apatah lagi..memang tak lah..Jadi kalau aku berjumpa dengan seseorang yang boleh terima dan menyayangi aku sepenuh hati..Aku dah sangat-sangat bersyukur..Alhamdulillah..

Erm..Dahlia..nama timangan tunang aku ni..apa lagi yang boleh aku describe mengenai dia??Bagi aku dia adalah seorang wanita yang sangat sempurna..Dengan dia,,aku rasa semuanya senang,,tenang dan berjalan lancar..itu yang menguatkan lagi hati aku mengatakan dialah permata hati aku..Aku selalu berdoa supaya Allah tunjukkan kepada aku calon yang benar-benar sesuai untuk aku jadikan suri hati ini..Dan jika sudah ketemu aku harapkan semua akan menjadi mudah untuk aku jadikan petanda yang dia lah orang yang aku cari-cari..Dan dengan Dahlia.. Ya semuanya bagi aku mudah..Dia orang yang simple..dia seorang yg sweet..dan yang paling penting dia bagi aku,,indah samada sifat luaran mahupon sifat dalamanya..Aku ingat lagi masa kali pertama Dahlia dtg berjumpa dgn family aku,,waktu tu masa birthday aku..Dia datang dengan kakaknya..Aku dapat rasa betapa gementarnya dia waktu tu..tp dia gagahkan juga..Akhirnya selamat juga dia sampai dekat rumah aku waktu tuh..Dan waktu itu bukan sahaja mak, ayah dan adik-adik aku sahaja yang ada..tapi semua ahli keluarga aku yang lain juga ada..tapi dia releks..tenang ja..apa yang paling membanggakan aku..ada makcik aku depan-depan tunjuk tangan tanda bagus dan cakap yang ini makngah setuju seratus peratus..haha..aku tak tahu lah Dahlia perasan atau tidak..kalau dia perasan..mesti dia kembang rr..haha..

Bila dah jadi tunangan orang ni..aku tahu yang aku sudah mula kena bersiap sedia untuk memegang amanah..amanah seorang lelaki kepada seorang wanita..aku mahu dia merasakan dialah wanita yang paling bertuah dalam dunia ini..sepertimana yang aku rasakan sekarang yang aku lah lelaki yg paling bertuah didunia ini selepas aku berkenalan dengan dia..Dia benar-benar melengkapkan hidup aku..Aku tahu walaupon aku seorang lelaki dan sepatutnya aku yang membimbing seorang isteri kejalan yang diredhai Allah,,tapi aku tahu dengan sifat yang ada pada Dahlia ini,,dia juga akan dapat membantu aku lagi untuk aku membaiki diri menjadi seorang lelaki,,suami,,ayah dan ketua keluarga yang diredhai Allah..Itu lah sebab utama kenapa aku benar-benar suka akan Dahlia ni..hmm..aku sangat-sangat bersyukur dengan pemberian Allah..Alhamdulillah sekali lagi..

Aku bukanlah seorang lelaki yang benar-benar perfect..aku banyak kekurangannya..Tapi harapan aku,,aku akan dapat membahagiakan bakal isteri aku ini sepanjang hayat aku..Apa sahaja akan pasti aku lakukan asalkan aku dapat melihat wajahnya tersenyum bahagia setiap masa..Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memastikan itu berlaku..Semoga bersama-sama kita akan dapat mengharungi hidup ini bersama dan kita akan berbahagialah selama-lamanya..Kau yang teridah untuk ku..

5 comments:

  1. meneliti setiap butir perkataan kamu membuatkan sy tersenyum sendiri dari tajuk sampai ke penutup. ^___^ <3

    ReplyDelete
  2. hehe..meneliti setiap butir comment kamu dari huruf pertama hingga angka terakhir tuh,,buat saya gembira..hehe..ayat gatal tak??haha

    ReplyDelete
  3. Sweetnya...Tahniah Kaerrow dan Dahlia..

    Ashmir Jsg

    ReplyDelete
  4. So sweet....n romantik...kmai tumpang hepi for both merpati....da decide k trkh bsejrh bila?....kmai jsg

    ReplyDelete
  5. haha..terima kasih..terima kasih semua..wah dah banyak pembaca blog nih..hehe..doakan kami ya,,

    ReplyDelete