Monday, May 28, 2012

Ingin Berkahwin??Ciri-ciri Lelaki dan Wanita yang sesuai dijadikan pasangan hidup






Setiap orang pasti ingin berkahwin..Setiap orang juga pasti akan mengimpikan memiliki seorang pasangan hidup yang terbaik buat mereka..Perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main kerana pasangan yang kita pilih itu nanti lah orang yang akan bersama dengan kita sehinggalah kita melelapkan mata meninggalkan dunia yang fana ini.
Dekat bawah ini ada aku list kan 12 ciri-ciri lelaki dan wanita yang sesuai dijadikan pasangan hidup.Jom kita tengok apa yang aku tulis;

Ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan pasangan hidup

1)      Taat dan patuh pada ajaran agama
-          Agama perlu menjadi asas didalam apa jua urusan manusia.Lelaki yang terdidik dan patuh pada ajaran agama biasanya akan lebih cantik keperibadiannya.Lelaki yang sentiasa patuh dan taat pada ajaran agama pasti akan berjaya menjadi seorang nakhoda yang baik untuk mengemudi sebuah keluarga.

2)      Menghormati dan menghargai
-          Penting untuk memilih seorang lelaki yang tahu menghormati dan menghargai. Lelaki jenis ini akan melayan seorang wanita sewajarnya. Mereka bijak menunjukkan kasih sayang dan menghargai tidak kira samada anda si isteri berada disamping atau pun jauh dimata. Setiap apa yang si isteri buat pasti cepat menangkap matanya. Contohnya, jika seorang isteri memotong rambut dan dirasakan sesuai,pasti dgn pantas dia akan memuji si isteri. Tetapi awas dengan lelaki yang hipokrit. Lelaki yang benar-benar menghormati dan menghargai pasti akan menegur si isteri jika isteri melakukan sesuatu yang pada pandangannya tidak elok.

3)      Memiliki moral yang baik
-          Tidak terlibat dengan mana-mana gejala yang merosakkan ataupun perbuatan yang salah disisi agama dan undang-undang.

4)      Menyintai Anda
-          Salah satu faktor yang menguatkan lagi sesebuah rumah tangga adalah cinta. Pilih seseorang lelaki yang menyintai anda bukan sahaja faktor kecantikan luaran anda tetapi juga dalaman anda.Mungkin mereka menyintai anda kerana sikap penyayang anda ataupun kerana kesederhanaan anda.

5)      Mempunyai masa depan yang cerah
-          Bila bercakap mengenai masa depan yang cerah tidak semestinya seorang lelaki itu adalah seorang yang berpangkat besar atau pun berharta. Seorang lelaki yang mempunyai masa depan yang cerah adalah seorang yang tahu mencatur dan merangka masa depannya.Dia mampu melihat dengan jelas apa yang dia inginkan dan ingin dia lakukan untuk membina masa depan yang cerah untuk anda dan keluarga.

6)      Yakin dan percaya diri
-          Walaupun seseorang lelaki itu bukan lah seorang lelaki yang kacak, tetapi dia tetap bersemangat tinggi, yakin dan positif dalam hidupnya sehari-hari.Karisma yang dilahirkan dari sikapnya ini membuatkan semua orang disekelilingnya menghormati dan menyukainya.

7)      Mampu membimbing dan melindungi
-          Lelaki adalah pemimpin. Jadi seorang lelaki yang baik mestilah mampu memimpin dan melindungi pasangannya. Ketika anda menghadapi masalah, dia akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Dan ketika anda melakukan kesalahan/kesilapan, dia mampu untuk membetulkan dan membimbing anda dan member nasihat.




Ciri-ciri wanita yang sesuai dijadikan pasangan hidup

1)      Taat pada agama
-          Agama itu adalah perkara teratas dalam mencari seseorang calon pasangan hidup. Jika wanita itu taat mengikut ajaran agama, tentulah sikap atau kelakuannya juga berlandaskan kepada sesuatu yang baik dan elok.

2)      Tahu menyokong dan member semangat
-          Lelaki juga adalah manusia biasa yang pastinya mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Wanita yang baik adalah seorang wanita yang sentiasa member sokongan, semangat, setia menjadi pendengar dan sedia berkongsi masalah atau kesusahan yang dihadapi pasangan lelaki.

3)      Menghormati Lelaki
-          Menghormati peranan lelaki iaitu sebagai pemimpin kepada wanita. Boleh menerima nasihat dan pendapat dengan ikhlas. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui juga, dia akan menyatakan secara lembut dan berhemah.

4)      Tahu bila untuk diam dan bila untuk bersuara
-          Dia bukan seorang yang suka bergosip. Dalam menjalinkan sesuatu hubungan, dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain.

5)      Bukan materialistic
-          Seorang wanita yang benar-benar menyintai pasangannya adalah seorang wanita yang tidak langsung memandangkan kepada kebendaan. Dia lebih menyukai diri anda yang sebenar berbanding rupa, kekayaan dan status anda. Dia tidak kisah langsung untuk makan di gerai-gerai di tepi jalan asalkan dia dapat bersama pasangannya.

6)      Cantik di luar dan cantik di dalam
-          Kebanyakkan lelaki pasti inginkan seorang wanita yang cantik sebagai pasangan hidup mereka.Malah kebanyakkan lelaki biasanya meletakkan faktor itu sebagai faktor pertama semasa memilih bakal pasangan. Tetapi sebaiknya, janganlah terlalu memilih kecantikan luaran kerana kecantikan dalaman seseorangan wanita itu sebenarnya adalah lebih penting. Cukuplah kecantikan luaran itu sekadar sedap mata memandang dan dapat menyejukkan hati. Kecantikan dalaman wanita seperti sifat sopan santun, menghormati orang tua, rajin didapur, lembut tutur kata dan berbudi bahasa sebenarnya sifat yang lebih bersifat kekal berbanding kecantikan luaran. Bahkan kedua ibu bapa juga pasti menitikberatkan aspek kecantikan dalaman ini.

7)      Menerima keluarga anda
-          Ini merupakan suatu yang sangat penting. Memilih wanita yang sentiasa dapat menerima keluarga kita seadanya adalah amat penting. Kedua ibu bapa dan ahli keluarga kita telah bersama dengan kita semenjak kita kecil lagi. Jadi kita perlulah memastikan wanita yang dipilih untuk menjadi pasangan hidup kita perlu lah boleh sentiasa menerima mereka seadanya dan mampu menyayangi keluarga pihak lelaki seperti keluarganya sendiri.

8)      Setia
-          Seorang pasangan hidup yang baik adalah mereka yang sentiasa berada dengan kita tidak kira pada bila-bila masa sekalipun. Ketika kita senang apatah lagi ketika kita susah, mereka tetap setia menemani kita mengharungi segala kerenah hidup didunia ini. Kesetiaan seorang wanita ini merupakan kunci kepada kebahagian sesebuah keluarga.


Jadi bagaimana? Andakah teman anda sekarang ada ciri-ciri seseorang yang sesuai dijadikan pasangan?Tetapi sebenarnya biar siapa pun pasangan atau bakal pasangan kita.BElajarlah untuk menerima mereka seadanya. Jika ada mana-mana yang tidak betul, sama-samalah kita belajar untuk membetulkannya. Tidak ada sesuatu pon didunia ini yang tidak boleh berubah sepertimana tidak ada penyakit yang tidak boleh diubati.

Semoga anda semua berbahagia bersama dengan pasangan  masing-masing!!


2 comments:

  1. bila hg buat blog kerrol..i cant believe this..wahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Haha..malam-malam dekat bilik tak tau nk buat apa..menulis lah..ada gak kerja nk buat malam2..haha..

    ReplyDelete